
OP SELAMAT : 15 LOKASI PANAS, 15 LOKASI HITAM DIKENAL PASTI DI MELAKA
AYER KEROH 28 Januari – Polis Melaka memberi tumpuan kepada 15 lokasi panas (hotspot) kesesakan lalu lintas dan 15 lokasi hitam (blackspot) kemalangan sepanjang musim cuti perayaan Tahun Baharu Cina minggu ini.
Pemangku Ketua Polis Melaka, Datuk Md Nazri Zawawi berkata menerusi Ops Selamat 23 bermula hari ini sehingga 2 Februari 2025 merangkumi pelbagai aspek setiap lokasi tumpuan termasuk lebuh raya, jalan raya dan kediaman.
“Lokasi panas sering mengalami kesesakan lalu lintas bagi daerah Melaka Tengah ialah Lebuh AMJ Umbai- Sungai Udang, Lebuh Sungai Udang- Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA), Jalan Mufti Haji Khalil, Jalan Bendahara – Jalan Merdeka, Jalan Banda Hilir – Jalan Klebang, Jan Tun Khalil Yaakob- Jalan Laksamana.
“Sementara itu di daerah Alor Gajah adalah Jalan Rembia – Kendong, Jalan Alor Gajah – Tampin, Jalan Masjid Tanah – Bukit Sedanan dan Jalan Lubok China – Hutan Percha.
“Manakala Daerah Jasin pula di Bandar Jasin, Jalan Gapam – Bemban, Jalan Bemban – Ayer Panas, Jalan Bemban – Jasin dan Jalan Bemban – Tehel,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media Op Selamat 23 – Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina 2024 Peringkat Kontinjen Melaka di Tol Ayer Keroh di sini, hari ini.
Ujarnya, bagi 15 lokasi hitam yang sering mengalami kemalangan jalan raya bagi daerah Melaka Tengah ialah di Lebuh AMJ, Jalan Umbai – Sungai Udang, Jalan Mufti Haji Khalil, Jalan Sungai Udang – Selandar, Jalan Batang 3 – Bukit Rambai – Tanjung Minyak.
“Manakala daerah Alor Gajah di Lebuhraya Utara Selatan (KM192.5 – KM222), Jalan Rembia – Kendong, Jalan Sungai Udang – Lubok China, Jalan Masjid Tanah – Bukit Sedanan dan Jalan Ayer Keroh – Gangsa – Sungai Udang.
“Sementara daerah Jasin lokasinya adalah di Lebuhraya Utara Selatan (KM174 – KM192.4), Jalan Tehel – Bemban – Chabau, Jalan Merlimau – Jasin, Lebuh AMJ, dan Jalan Gapam – Bemban,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.