Op Selamat 17: JSPT Melaka keluar 4,279 saman bernilai hampir RM1.3 juta

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

AYER KEROH 2 Feb – Dalam tempoh lima hari Op Selamat 17 dilaksanakan Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Melaka mengeluarkan 4,279 saman dengan nilai hampir RM1.3 juta.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Melaka Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, saman itu dikeluarkan bermula 28 Jan hingga semalam, melibatkan pelbagai jenis kesalahan.

Katanya, dalam tempoh itu sebanyak 226,178 kenderaan masuk ke Melaka dengan purata kemasukan sehari lebih 42,000 kenderaan berbanding 189,001 kenderaan keluar melalui tiga pintu masuk plaza tol ke negeri ini.

“Melalui Op Selamat 17 bermula 28 Januari lalu sehingga semalam, JSPT Melaka telah memeriksa 3,137 kenderaan melalui 27 operasi dan mengeluarkan 4,279 saman.

“Nilai dikenakan untuk setiap saman adalah RM300 kerana Op Selamat tiada pengurangan, sekali gus menjadikan keseluruhan saman bernilai lebih RM1.28 juta.

“Nilai saman dikeluarkan meningkat meningkat sebanyak 366 saman berbanding Op Selamat 16 pada 2020 iaitu sebanyak 3,910 saman,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengetuai Ops Selamat 17 di Plaza Tol Ayer Keroh di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Hasan Basri berkata, sepanjang operasi terbabit, beberapa siri tangkapan berjaya direkodkan.

“Sebanyak sembilan tangkapan dibuat sepanjang op kali ini melibatkan tiga tangkapan Op Mabuk, tiga tangkapan dalam Op Samseng Jalanan, dua tangkapan melibatkan dadah dan satu tangkapan menggunakan nombor plat palsu,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1473
Kongsi :
Previous post Lima hari, 56 kes kemalangan akibat langgar lampu isyarat di Melaka
Next post ‘Maaf, saya pening..’
Ubah saiz-+=