Operasi Pembenihan Awan, pelan kontigensi hadapi kemarau
AYER KEROH 21 Mac – Operasi Pembenihan Awan (OPA) antara pelan kontigensi yang menjadi keutamaan Kerajaan Negeri dalam mengatasi penyusutan paras air khusus di tiga empangan utama di Melaka.
Mengulas lanjut perkara itu Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, permohonan untuk melaksanakan OPA sudah dihantar kepada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) bulan lalu.
“Setakat ini Kerajaan Negeri masih menunggu maklum balas daripada MetMalaysia berhubung pelaksanaan OPA yang dianggap sebagai amat perlu dalam memastikan paras takungan air di empangan utama di Melaka berada pada paras atas 80 peratus.
“Orang ramai juga diminta menggunakan air dengan bijak, jangan membazir, selain itu jika ada paip bocor atau pecah diminta untuk laporkan segera kepada Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) untuk tindakan.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan tapak di Tasek Ayer Keroh, disertai Timbalan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Zahari Abd Kalil; Pengarah Badan Kawal Selia Air (BKSA) negeri, Azizul Adzran dan Ketua Pegawai Eksekutif SAMB, Ir. Norhisham Abu Talib.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
PERANTI TABLET ‘PENYELAMAT’, BERI BANYAK MANFAAT KEPADA PELAJAR
AYER KEROH 16 Januari - Pemberian peranti berupa tablet kepada pelajar dalam kelompok keluarga B40 menerusi Program Anak Kita memberi...
BAZAR AIDILFITRI BANDA HILIR LAIN DARI YANG LAIN
BANDA HILIR 16 Januari - Bazar Mega Aidilfitri Banda Hilir 2025 di Banda Hilir mendapat sambutan hebat daripada peniaga apabila...
W.R.U.R: KAMPUNG GUAN KINI DILENGKAPI KOD QR
KUALA LINGGI 16 Januari - Kampung Guan menjadi kampung pertama dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi ditransformasi menjadi Kampung...
713 CALON SPM 2025 MELAKA TERLIBAT ‘PROGRAM ANAK KITA’
AYER KEROH 16 Januari - Pelaksanaan Program Anak Kita (PAK) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Negeri Melaka akan melibatkan seramai...
MELAKA BURU PIHAK GANTUNG KAIN RENTANG AJARAN SESAT
PENGKALAN BATU 16 Januari - Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) akan membuat laporan polis berhubung tindakan pihak tidak bertanggungjawab menggantung...
TIADA KOMPROMI PIHAK GUNA ASET KERAJAAN SEBAR AJARAN SESAT
PAYA RUMPUT 16 Januari - Kerajaan Negeri tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang sewenang-wenangnya menggunakan aset kerajaan untuk menampal...