Operasi perniagaan ikut ketetapan dalam lesen

Masa Membaca:59 Saat

TANJUNG TUAN 16 Mac – Jawatankuasa Khas COVID-19 Melaka memutuskan waktu operasi setiap premis perniagaan di negeri dibenar beroperasi mengikut ketetapan yang termaktub dalam lesen peniaga.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan berkata, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kesemua premis perniagaan di negeri ini dibenar beroperasi termasuk sehingga 24 jam.

“Jika dalam lesen mereka dibenarkan beroperasi 24 jam, kita benarkan dan jika ada yang hanya 12 jam atau sebaliknya jadi mereka dibenar beroperasi dalam tempoh itu saja.

“Pengoperasian ini membabitkan semua jenis perniagaan termasuklah restoran, kedai serbaneka seperti 7Eleven serta pam minyak (jika lesen sah operasi 24 jam).

“Kita benarkan mana-mana premis yang dilesenkan di negeri ini beroperasi mengikut ketetapan pemberi lesen iaitu oleh mana-mana pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri.

“Bagaimanapun kesemua premis yang dibenar operasi dalam tempoh PKPP ini tidak termasuk kelab malam dan pub di mana kerajaan memutuskan tiada sebarang kegiatan dijalankan dalam tempoh ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas lawatan kerjanya di Pantai Cermin, Tanjung Tuan bagi meninjau pemulihan dilakukan akibat pencemaran akibat tumpahan minyak pada Oktober tahun lalu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

560
Kongsi :
Previous post Raptor tak bawa selsema burung ke Malaysia- MNS
Next post Muhyiddin negatif COVID-19 pada hari keenam kuarantin di rumah
Ubah saiz-+=