Pakar motivasi, Azizan Osman cerita pengalaman hampir maut akibat COVID-19

Masa Membaca:57 Saat

KUALA LUMPUR, 28 Jan. – Pakar motivasi terkenal Datuk Azizan Osman menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Facebooknya, menceritakan pengalaman beliau yang hampir menemui ajal akibat dijangkiti COVID-19.

Menerusi hantaran itu beliau menceritakan detik-detik beliau bertarung nyawa apabila terpaksa dibantu mesin pernafasan semasa dirawat dan menyifatkan situasi itu bagaikan diberi peluang kedua untuk terus hidup.

“COVID hampir meragut nyawa saya! 1.44pm, Jumaat 15 Januari – Saya dah hampir maut! Nafas saya sesak! Doktor kata peluang saya amat tipis! Saya dan keluarga diuji dengan virus COVID-19,” katanya menerusi hantaran itu.

“Masa itulah saat penentu untuk pergi atau kekal… tak boleh bernafas, tak boleh tarik, tak boleh hembus, hanya gunakan mesin (mesin pernafasan) untuk terus survive (hidup) dan fight (berjuang) dengan otak, emosi dan diri,” tambahnya.

Beliau yang juga pengasas syarikat RichWorks berkata 31 anggota keluarganya juga dijangkiti COVID, malah ibu mentuanya telah meninggal dunia akibat virus itu.

Azizan berkata, berkat doa dan kata-kata semangat dari anggota keluarga, rakan dan pekerja serta anak-anak didiknya, beliau kembali beransur pulih.

Menurutnya pandemik itu memberikan kesan kritikal kepada pelbagai lapisan masyarakat dalam negara, terutama terhadap mereka yang tidak berkemampuan.

Views:

1511
Kongsi :
Previous post Projek pintasan paip air dari Kampung Kelubi mampu atasi kekurangan air di Kampung Seri Kesang
Next post BKSA dan TNB potong bekalan elektrik, pasang pagar atasi pencerobohan di Empangan Durian Tunggal
Ubah saiz-+=