Sorting by

×

Pameran Beli Barangan Malaysia sasar lebih 10,000 pengunjung

Masa Membaca:53 Saat

AYER KEROH 1 Sept. – Pameran Beli Barangan Buatan Malaysia peringkat kebangsaan bakal diadakan secara besar-besaran di Melaka menjelang hujung tahun ini.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka Norena Jaafar berkata, program pameran jualan yang mampu menarik lebih 10,000 pengunjung bakal diadakan membabitkan lebih 300 gerai jualan dikumpulkan dari seluruh negara.

Jelasnya, program bakal berlangsung tiga hari pada hujung minggu diadakan di Dewan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MiTC) sekali gus memberi peluang peniaga dalam memperkasakan perniagaan yang diusahakan.

“Pada program tersebut kita akan kumpulkan seluruh pemain industri keusahawanan khususnya Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) di negara ini dalam memberi penekanan rakyat Malaysia bagi membeli barangan kita sendiri.

“Pelbagai tarikan lain turut diadakan termasuk menyediakan jualan barangan keperluan harian termasuk tepung gandum, minyak masak, gula serta pelbagai lagi di MiTC.

“Buat masa ini KPDNHEP Melaka di dalam proses perlaksanaan program terbabit dan masih dalam penyediaan pengendalian program besar yang begitu bermanfaat itu, malah jika ia menerima sambutan pihak kami akan jadikan ia sebagai program tahunan di negeri ini,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.

Views:

306
Kongsi :
Previous post Kembara Merdeka 1,280km ziarah veteran komando
Next post Bawa mesej merdeka di sempadan tiga buah negeri
Ubah saiz-+=