
Pantau, kemas kini gejala COVID-19 di MySejahtera sepanjang kuarantin – Khairy
KUALA LUMPUR, 23 Feb – Individu yang positif COVID-19 perlu memantau dan mengemas kini gejala yang dialami di aplikasi MySejahtera setiap hari supaya tahap kesihatan mereka dapat dipantau sepanjang tempoh kuarantin.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin melalui video TikTok yang dikongsi di akaun Twitter beliau hari ini menasihati individu yang positif COVID-19 supaya menghubungi atau terus ke fasiliti kesihatan terdekat jika mendapati gejala yang dialami semakin serius.
“Pantau gejala dan tahap kesihatan anda seperti sukar bernafas, demam berpanjangan, sakit dada dan hilang selera makan,” katanya.
Beliau berkata individu yang mendapati diri mereka bergejala perlu segera mengasingkan diri dan melakukan ujian kendiri.
“Jika positif, laporkan keputusan ujian COVID-19 di MySejahtera. Semasa dalam tempoh kuarantin, anda akan menerima notifikasi pada (ruangan) Things To Do. Ini adalah alat penilaian kesihatan dan anda boleh mengemas kini gejala yang anda alami sentiasa,” katanya.
Khairy turut menasihati orang ramai supaya sentiasa mengamalkan TRIIS iaitu uji, lapor, asing, maklum dan dapatkan rawatan serta memakai pelitup muka. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MELAKA HARGAI GOLONGAN BERUSIA, 2,000 WARGA EMAS NIKMATI KEMASUKAN KE LOKASI PELANCONGAN TERPILIH
AYER KEROH 5 Oktober - Seramai 2,000 warga emas termasuk peserta Karnival Warga Emas Peringkat Kebangsaan 2026 menerima tiket percuma...
AZMI TERUSKAN TRADISI ‘KEDAI BERGERAK’, SELESA MENJAJA SAYUR GUNA MOTOSIKAL
AYER LIMAU 5 Oktober - Bagi generasi yang membesar sekitar tahun 80-an hingga 90-an, bunyi ikonik hon angin atau loceng...
DUN AYER LIMAU: LEBIH RM1 JUTA NAIK TARAF JALAN, LONGKANG
AYER LIMAU 5 Oktober - Lebih RM1 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Kementerian Ekonomi dan...
GLAMPING TASIK CHINCHIN MULA DIBANGUNKAN 2027
AYER KEROH 5 Oktober - Pembangunan kemudahan 'glamping' di Taman Ekstrem Tasik Chinchin, Jasin dijangka bermula Januari tahun depan selepas...
TANJUNG BIDARA BUKA DIMENSI BAHARU EKONOMI DIGITAL
TANJUNG BIDARA 5 Oktober - Tanjung Bidara bakal mencipta dimensi baharu dalam sektor ekonomi dan teknologi apabila sebuah pusat data...
IKHTIAR TOK HAMEED AKHIRI EPISOD BANJIR DI AYER LIMAU
AYER LIMAU 4 Oktober - Sebanyak 11 lintasan pembetung (crossing culvert) di jajaran terusan sungai atau tali air di Kampung...

