Pantun sambut ‘tetamu’ Melaka

Masa Membaca:57 Saat

AYER KEROH 10 Februari – Pengunjung dan pelancong melawat Melaka disambut dengan rangkap pantun yang digantung di pintu masuk perkampungan sekitar negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Tun Perak (ITP), Prof. Madya Dr. Mohd Ainuddin Iskandar Lee Abdullah berkata, setakat ini 164 daripada keseluruhan 701 kampung di Negeri Melaka sudah melaksanakan inisiatif itu seperti yang disarankan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Katanya, rangkap pantun disusun indah bukan sahaja mengalu-alukan kedatangan pengunjung dan pelancong sebaliknya menggambarkan ciri-ciri menarik kampung berkenaan selain orang Melaka yang kaya dengan seni budaya.

“Bagi yang hantar pantun secara individu, nama mereka akan diletakkan bersama pantun yang dinaikkan pada kain rentang dipasang di lokasi strategik atau pintu masuk kampung.

“Sementara itu pantun yang diangkat sebagai pemenang bagi pertandingan peringkat negeri baru-baru ini akan di gantung di pintu masuk iaitu Tol Ayer Keroh, Tol Jasin dan Tol Simpang Ampat,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Katanya, bagi menyemarakkan inisiatif itu pihaknya akan menyediakan pantun bagi kampung yang belum berbuat demikian.

“Selepas ini kita dapat lihat semua 701 kampung akan ada pantun masing-masing,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2450
Kongsi :
Previous post Pelanggaran tatatertib pegawai, anggota polis rosakkan reputasi PDRM – KPN
Next post 20,000 umat Islam banjiri Melaka Berselawat 2024
Ubah saiz-+=