20,000 umat Islam banjiri Melaka Berselawat 2024

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

AYER KEROH 10 Februari – Kira-kira 20,000 umat Islam Negeri Melaka membanjiri Dataran Sejarah Ayer Keroh, di sini, malam tadi, bagi memeriahkan Melaka Berselawat 2024 yang menjadi pembuka tirai program keagamaan tahun ini.

Program anjuran Richwork, MSJ Star Enterprise dan Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Negeri Melaka itu merupakan sebahagian pengisian bagi merancakkan lagi penganjuran acara pelancongan berkonsepkan islamik di negeri ini.

Ia juga diadakan bagi mempromosikan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) sekali gus mencapai sasaran 18.7 juta pengunjung dan pelancong ke Melaka tahun ini.

Program itu dimeriahkan dengan kehadiran Habib Syech Abdul Qodir Assegaf bagi acara maulid dan qasidah bersama para tetamu yang hadir.

Turut hadir ke majlis ilmu itu ialah Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal negeri, Datuk Rahmad Mariman serta Pengasas Richwork, Datuk Wira Dr. Azizan Osman.

Img 20240210 Wa0009
ANTARA kenamaan yang hadir pada program Melaka Berselawat 2024.

Program itu dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah yang diketuai Sheikh Abdul Karim Omar Al-Fatani Al-Makki diikuti zikir munajat.

Majlis diakhiri dengan Ma’al Qiyam (selawat ke atas Rasulullah SAW) dan bacaan doa penutup.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2911
Kongsi :
Previous post Pantun sambut ‘tetamu’ Melaka
Next post Masyarakat pelbagai kaum raikan Sambutan Tahun Baru Cina
Ubah saiz-+=