Paramedik Komuniti tarik minat Singapura, Indonesia

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 8 Mei – Inisiatif Paramedik Komuniti di Negeri Melaka mendapat perhatian wakil pengamal perubatan daripada Singapura dan Indonesia yang berminat untuk mempelajari keadah pelaksanaan perkhidmatan awal bantuan kecemasan itu.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman berkata, inisiatif cetusan idea Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh kini dilaksanakan di Zon Bebas Kenderaan, Banda Hilir setakat ini mendapat maklum balas amat memberangsangkan daripada orang ramai.

“Alhamdulillah hujung minggu lalu kami menganjurkan Program CPR Awareness dengan kerjasama St John Ambulance Malaysia yang membabitkan seramai 50 peserta dari negara luar.

“Apa yang menarik adalah ahli St John Ambulance Singapura dan Indonesia menyatakan hasrat serta minat mereka untuk mempelajari kaedah pelaksanaan Paramadik Komuniti,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Whatsapp Image 2024 05 08 At 1.11.03 Pm
PARAMEDIK dari Singapura yang datang ke Melaka untuk mempelajari tentang khidmat Paramedik Komuniti yang disediakan di Melaka, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Shadan berkata setakat ini kira-kira 30 sukarelawan Paramedik Komuniti ditugaskan sekitar Zon Bebas Kenderaan.

“Sukarelawan ini sentiasa bersiap sedia untuk memberikan bantuan dengan kadar segera jika berlaku sebarang kecemasan khususnya pada hujung minggu atau cuti umum,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

76
Kongsi :
Previous post Jumaat hari bertutur bahasa Jawa di Kampung Paya Dalam
Next post Bintang angkat berat Melaka terbabit kemalangan
Ubah saiz-+=