
Paras air Sungai Melaka di tahap bahaya pagi ini
MELAKA 1 Jan – Paras air di Stesen Sungai Melaka Batu Hampar berada pada tahap bahaya pagi ini susulan hujan berterusan sejak semalam.
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan, paras air terkini direkodkan ialah pada bacaan 2.48 meter, melepasi aras bahaya 2 meter yang ditetapkan.
Selain itu, paras air di stesen Sungai Duyong pula berada pada tahap amaran dengan trend peningkatan air turut dikesan menaik.
Bacaan terkini paras air di Sungai Duyong ialah 1.62 meter, menghampiri aras bahaya 1.80 meter seperti yang ditetapkan.
JPS turut memberi amaran waspada kepada Sungai Kesang di Jasin dan Cheng yang juga menunjukkan trend peningkatan aras air.
Dalam kenyataannya, JPS meminta orang ramai sentiasa peka dan berwaspada serta mendapatkan amaran dan ramalan banjir terkini.
Bagi mendapatkan maklumat berkenaan kenaikan aras sungai di kawasan anda serta kadar lebat hujan dengan melayari, publicinfobanjir.water.gov.my
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG: SEMAI PERASAAN BANGGA, CINTAKAN NEGARA
AYER KEROH 13 Ogos - Sebanyak 84 Komuniti MADANI seluruh Melaka akan digerakkan bagi menjayakan kempen '1 Rumah 1 Jalur...
BANTUAN TEPAT IKUT KEPERLUAN, JADI PENGUAT SEMANGAT PENJAJA KECIL
BEMBAN 13 Ogos - Peniaga kecil, usahawan dan penjaja menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas sumbangan peralatan perniagaan sempena Program...
111 PENJAJA, USAHAWAN KECIL DUN BEMBAN TERIMA BANTUAN RM50,000
BEMBAN 13 Ogos - Seramai 111 penjaja dan usahawan kecil dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban menerima bantuan peralatan...
RUMAH BAHARU JADI SIMBOL HARAPAN BUAT AMRAN SEKELUARGA
GADEK 13 Ogos - Bertahun-tahun lamanya, setiap kali hujan lebat Amran Sulaiman, 59, dan isteri resah memikirkan ruang dalam kediaman...
MAIM ADA BUDI BICARA, SEDIA BANTU RAKYAT DALAM KESUSAHAN
AYER MOLEK 13 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempunyai budi bicara yang tinggi dalam membantu golongan asnaf mahupun...
IKAN BAKAR TELOK MAS JADI FENOMENA
TELOK MAS 13 Ogos - Industri ikan bakar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus mencatatkan sambutan luar biasa...

