PAS Melaka tampil buat laporan polis

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

AYER KEROH 19 Nov. – PAS Melaka tampil membuat laporan polis hari ini berhubung karikatur penghinaan terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tular di media sosial Facebook semalam.

Pesuruhjaya PAS Melaka, Datuk Kamaruddin Sedik berkata, dalam isu politik sekarang sudah tentu banyak sentimen khususnya daripada pihak pembangkang yang cuba mencetuskan isu politik.

“Jadi atas rasa tanggungjawab dan isu maruah kepimpinan, PAS Melaka mengambil inisiatif untuk membuat laporan polis bagi membuat siasatan.

“Alhamdulillah baru sebentar tadi pembuat ‘report’ iaitu Timbalan Pesuruhjaya Tiga PAS Melaka, Muhamat Puhat Bedol telah membuat laporan tadi untuk siasatan selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media berkenaan Isu karikatur tersebut di sini, tengah hari tadi.

Katanya, karikatur itu merupakan satu unsur fitnah atau cuba membunuh karakter kepimpinan negara.

“Perkara ini menjadi iktibar kepada semua pihak supaya tidak keterlaluan dalam mengkritik kepimpinan negara dan parti-parti politik.

“Saya difahamkan hari ini PAS kawasan Masjid Tanah dan Hang Tuah Jaya akan membuat laporan polis dan ditururi kawasan-kawasan lain di Jasin, Alor Gajah, Kota Melaka serta Tangga Batu.

“Saya harap supaya lebih banyak laporan polis dilakukan sebagai tanda simbolik protes kita daripada pihak PAS sendiri,” katanya lagi.

Kamarudin berkata, pemilik akaun Facebook tersebut sebelum ini sudah beberapa kali memuat naik artikel-artikel yang cuba mengaibkan parti politik.

“Sebelum ini pemilik akaun tersebut dah beberapa kali memuat naik tulisan atau artikel mengaibkan, cuma kita tidak ambil tindakan.

“Tapi bila melibatkan karikatur seumpama ini, saya rasa ia agak biadap dan sudah pasti rakyat Malaysia juga tidak setuju dengan karikatur yang cuba menyentuh moral seorang kepimpinan negara,” katanya.

Views:

579
Kongsi :
Previous post ‘Meja rezeki’ bantu insan terkesan COVID-19
Next post Posisi Zainal jadi rebutan?
Ubah saiz-+=