Sorting by

×

Pasar pagi, pasar malam boleh beroperasi jika lengkap vaksin – KM

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

AYER KEROH 28 Ogos – Peniaga pasar pagi dan pasar malam di Melaka akan dibenarkan beroperasi sekiranya mereka dan pekerja mendapat suntikan lengkap vaksin COVID-19.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali bagaimanapun berkata, tarikh kebenaran itu akan dimaklumkan kelak bagi memastikan keselamatan dan kesihatan orang ramai terjamin.

Katanya, kerajaan negeri akan membuat penilaian dengan kadar segera menerusi Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19 bagi memastikan operasi perniagaan pasar malam dan pasar pagi dapat dijalankan secepat mungkin.

SULAIMAN sempat merakamkan gambar peserta Program Vaksinasi dan Trauma Penjaja, Peniaga dan Penyewa MPHTJ di perkarangan Melaka Mall, di sini, hari ini.

“Kita dah ada SOP (prosedur operasi standard) dibenarkan tetapi dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19, kita tidak mensasarkan berapakah jumlah peniaga yang telah mendapat vaksinasi.

“Saya yakin pasar pagi atau pasar malam akan diberikan kebenaran tetapi mestilah mereka yang telah mendapat vaksin penuh, insha-Allah kita akan cuba sedaya mungkin, dengan syarat vaksinasi penuh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas hadir Program Vaksinasi dan Trauma Penjaja, Peniaga dan Penyewa Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) di perkarangan Melaka Mall, di sini, hari ini.

SULAIMAN turut menyerahkan bendera Jalur Gemilang kepada peserta Program Vaksinasi dan Trauma Penjaja, Peniaga dan Penyewa MPHTJ di perkarangan Melaka Mall, di sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19, Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri, Datuk Rahmad Mariman dan Yang Dipertua MPHTJ, Datuk Shadan Othman.

 

Views:

752
Kongsi :
Previous post Jasa bakti negarawan Allahyarham Ahmad Sarji akan terus terpahat – PM
Next post Pasar Segar Terkawal di Melaka kutip jualan RM20,000
Ubah saiz-+=