Sorting by

×

Pasar Segar Terkawal di Melaka kutip jualan RM20,000

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

REMBIA 28 Ogos – Program Pasar Segar Terkawal (PST) di Melaka berjaya meraih jualan berjumlah RM20,000 dalam tempoh tiga bulan bermula Jun tahun ini

Exco Pelancongan, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, program itu mendapat sambutan baik daripada rakyat sebagai satu alternatif pembelian barang dengan harga yang lebih kompetitif.

“Saya lihat ini kerjasama yang baik antara Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di mana kita memberi akses pilihan kepada pengguna dan hasil kesepakatan bersama.

“”Kita lihat harga yang dijual di sini dapat dikurangkan. Sebagai contoh, harga ayam daripada RM8.50 diturunkan kepada RM6.50 sekilogram,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program PST bersempena Hari Kemerdekaan ke-64 di Kompleks JAPERUN Rembia, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, berkata, FAMA mengambil pelbagai pendekatan untuk mengurus isu lebihan hasil pertanian di negeri ini.

Antaranya termasuklah melalui pelaksanaan PST di lokasi-lokasi terpilih yang digunakan mengikut prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditentukan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“PST secara mingguan di JAPERUN ini bukan sahaja berupaya meningkatkan kembali sumber pendapatan usahawan, malah membantu kerajaan menyediakan hasil pertanian secara berterusan.

“Kita akan buat ‘road tour’ bersama FAMA kerana terbukti ada keberkesanan untuk rakyat Melaka dan mungkin kita akan mula jelajah ini ke DUN Lendu di bawah subsektor pelancongan pertanian,” katanya.

Tambah beliau, kerajaan akan terus memperkasa PST di seluruh negara dengan 3,216 usahawan sedia ada berjaya mencatatkan nilai penjualan RM104.19 juta dari tempoh 1 Jun hingga 26 Ogos 2021.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

575
Kongsi :
Previous post Pasar pagi, pasar malam boleh beroperasi jika lengkap vaksin – KM
Next post ‘Muka sama’ Kabinet, langkah tepat pulih ekonomi – Sulaiman
Ubah saiz-+=