Pastikan biru original, jangan cetak rompak

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

AYER KEROH 10 Nov – “Pastikan pilih biru BN (Barisan Nasional) yang original kerana original itu berkualiti,” itu pesan Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pesanan itu dibuat beliau buat rakyat Melaka yang akan keluar mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 Nov ini, agar tidak salah memilih warna ketika membuat pilihan.

Menurut beliau, memilih warna biru parti politik mestilah berdasarkan manfaat jangka masa panjang yang jelas pernah terbukti.

“Jangan terpedaya biru tiruan cetak rompak kerana hasilnya pasti mendukacitakan.

“Mungkin ada biru kelihatan sama tetapi tidak serupa,” katanya menerusi hantaran di laman sosial Facebooknya.

Tegas beliau, rakyat Melaka tanpa mengira bangsa dan agama diingatkan supaya tidak  tersilap memilih kerajaan yang memberi harapan palsu sekali lagi.

“Maka PRN Melaka sebagai langkah pertama dan kejayaan misi itu kini ditangan rakyatnya.

“BN akan kembalikan perpaduan yang pernah dirampas daripada rakyat Malaysia pada Pilihan Raya Umum (PRU) 14,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, 28 calon BN bagi PRN Melaka menterjemahkan suatu bukti yang nyata.

“Bukti bahawa BN terus membawa naratif politik berlandaskan semangat perpaduan pelbagai kaum di Malaysia.

“Dan calon UMNO bersama MCA dan MIC sekali lagi berpadu sebagai suatu wardah gabungan politik membawa harapan sebenar rakyat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

267
Kongsi :
Previous post 7,601 kertas undi pos dikeluarkan bagi PRN Melaka
Next post Jangan pandang rendah lawan – Ab Rauf
Ubah saiz-+=