PDRM tundukkan Thailand acara beregu Piala Tun Ali 2023

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

DUYONG 20 November – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dinobatkan juara acara beregu selepas menundukkan pasukan Phitsanulok TC dari Thailand pada perlawanan akhir Kejohanan Sepak Takraw Piala Tun Ali 2023 di Dewan Bola Keranjang Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Bukit Serindit, di sini, semalam.

Kemenangan itu membolehkan PDRM membawa pulang RM8,000 beserta piala, manakala Phitsanulok TC membawa pulang hadiah kemenangan RM4,000.

Pasukan Sang Saka Biru itu dibarisi Seksan Tubtong dan Muhammad Shahalril Aiman Halim berdepan tentangan sengit pasukan Phitsanulok TC diwakili Suriyon Koonpimon dan Tanusard Raviroj.

PDRM terpaksa berhempas pulas pada set pertama sebelum menundukkan lawan dengan kemenangan tipis 23-21.

Meskipun gagal bermula baik pada set pertama, gandingan Suriyon dan Tanusard mengubah taktik dengan menewaskan PDRM 21-19 untuk mengheret perlawanan ke tie-break.

Pada set penentuan, aksi pasukan Thailand yang tidak menyerlah memberi kelebihan kepada gandingan Seksan Tubtong dan Muhammad Shahalril meraih kemenangan mudah 22-15.

Terdahulu PDRM mara ke perlawanan akhir selepas mengalahkan pasukan Pulau Pinang 22-19, 22-24 dan 21-18 di separuh akhir pada Sabtu.

Sementara itu Phitsanulok TC melangkah ke perlawanan akhir selepas menewaskan Kuala Lumpur menerusi kemenangan 21-12, 13-21 dan 21-7 dalam saingan separuh akhir.

Penyampaian hadiah kemenangan telah disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

756
Kongsi :
Previous post Perak juara Kejohanan Sepak Takraw Piala Tun Ali 2023
Next post Muhammad Hafiq, Nurul Syasya mahu ‘bersinar’ di sukan SEA
Ubah saiz-+=