
Pegawai Khas TPM Ramesh Rao meninggal dunia
KUALA LUMPUR, 14 Jan – Pegawai Khas Hal Ehwal Kaum India di pejabat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ramesh Rao meninggal dunia awal pagi tadi.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataannya menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang selain menghargai khidmat bakti dan jasanya kepada masyarakat serta negara sebelum dan semasa berkhidmat.
“Dengan perasaan sedih dan dukacita, saya dan seluruh warga Pejabat Timbalan Perdana Menteri serta Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Ramesh Rao, Pegawai Khas yang meninggal dunia pada awal pagi ini.
“Semoga ahli keluarga, kenalan dan rakan taulan mendiang tetap sabar dan tabah dalam menghadapi dugaan kehilangan insan yang mereka sayangi,” katanya.
Ramesh Rao, 52, meninggal dunia di kediamannya di Petaling Jaya, difahamkan akibat serangan jantung.
Pada 24 Dis lepas, Ramesh Rao yang juga Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin dilantik sebagai Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, yang menjaga kepentingan dan permasalahan masyarakat India.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
256 PROJEK INFRA RAKYAT MENDAHULUI JADUAL – AHMAD
SERI NEGERI 20 Ogos - Sebanyak 256 daripada 871 projek infrastruktur rakyat yang kini dalam pembinaan berada pada prestasi mendahului...
LIMA KENDURI RAKYAT WARNAI WRUR AYER LIMAU
AYER LIMAU 20 Ogos - Lima kenduri rakyat bakal menjadi antara pengisian utama Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
TOK AJAK ‘HIDUPKAN’ BELIA DAN SUKAN TELOK MAS
TELOK MAS 20 Ogos – Pembangunan fasiliti sukan untuk golongan belia di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus diperkasa...
MPV DIHEMPAP POKOK TUMBANG: ENAM TERMASUK KANAK-KANAK TERSELAMAT
JASIN 20 Ogos - Enam individu termasuk dua kanak-kanak terselamat apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka dihempap pokok tumbang...
LAMPU SOLAR TERANGI LOKASI GELAP DUN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 20 Ogos - Pemasangan lampu solar di lokasi gelap dan laluan berisiko berlaku kemalangan antara usaha berterusan dilaksanakan...
MAIM GALAK UMAT ISLAM PERKASA INSTRUMEN SAHAM WAKAF
PENGKALAN BATU 19 Ogos - Umat Islam digalakkan untuk menyumbang kepada saham wakaf Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi pembinaan...
