MEKAR bantu golongan memerlukan miliki pengenalan diri

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

DUYONG 13 Januari – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menerima sebanyak 292,999 permohonan Mykad serta sijil kelahiran menerusi Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) setakat hari ini.

Ketua Pengarah JPN, Datuk Ruslin Jusoh berkata program itu sejak dilaksanakan membawa impak positif yang mana menawarkan pelbagai kemudahan daripada pihak kerajaan.

“Sejak kita laksanakan program ini sebenarnya memberi impak positif, data kita terima sejak 2013 sebanyak 14,340 program telah dilaksanakan.

“Daripada jumlah itu kita telah menerima permohonan sebanyak 292,999 permohonan iaitu hampir 300,000 permohanan.

“Tahun ini kita sasarkan lebih lagi sebagai contoh di Melaka ada 78 program dilaksanakan melibatkan 212 pemohon, tahun ini sasaran 100 program dengan  400 permohonan dapat diproses untuk Negeri Melaka saja,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyerahkan dokumen pengenalan diri kepada Nur Aleeya Ammar,12, di Kampung Bukit Godek, Semabok di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ruslin berharap tiada golongan memerlukan yang tercicir daripada menerima perkhidmatan tersebut menerusi Program MEKAR.

“Ini penting sebab hasrat kita bagi membantu mereka yang tidak mampu atau tercicir, mereka berhak mendapat khidmat terbaik daripada kerajaan.

“Kita sentiasa membuat mengambil pendekatan bersama komuniti secara berterusan khususnya mereka yang berada di kawasan pedalaman,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1254
Kongsi :
Previous post Pegawai Khas TPM Ramesh Rao meninggal dunia
Next post Bekalan MyKid selesai dalam tempoh enam bulan – JPN
Ubah saiz-+=