Peguam pun tertipu lebih RM18,000

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

AYER KEROH 21 Jan. – Seorang peguam mendakwa kerugian RM18,243 selepas terpedaya dengan sindiket pelaburan emas tidak wujud melalui aplikasi laman sosial.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Melaka Supt E. Sundra Rajan berkata, lelaki berusia 27 tahun itu mendakwa, tertarik dengan iklan yang dilihatnya menerusi satu aplikasi janji temu pada 26 November lalu.

Menurutnya, ketiga menggunakan aplikasi berkenaan, mangsa telah berkenalan dengan seorang wanita warga China sebelum wanita terbabit menawarkannya peluang menyertai pelaburan emas.

“Mangsa mendakwa wanita itu menjanjikannya keuntungan berlipat ganda setiap bulan dengan menyertai pelaburan menggunakan satu laman web.

“Peguam itu kemudian bertindak melakukan pemindahan wang secara berperingkat sebanyak enam kali ke dalam lima akaun bank berbeza berjumlah RM18, 243 (USD4,423.80),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, mangsa bagaimanapun tidak mendapat sebarang keuntungan yang dijanjikan termasuk wang modal tidak dikembalikan.

“Mangsa yang disyaki ditipu kemudian membuat laporan polis dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Sundra Rajan sehubungan itu menasihatan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan dengan iklan dan tawaran menyertai pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan dalam masa yang singkat.

“Semakan boleh dibuat melalui laman web http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ atau muat turun aplikasi “check scammers ccid ” di Playstore supaya
dapat mengelakkan diri dari menjadi mangsa penipuan.

“Aplikasi mudah alih ini untuk membolehkan masyarakat semak akaun bank dan nombor telefon yang mempunyai rekod jenayah secara sahih,” katanya.

Views:

294
Kongsi :
Previous post Waspada penipuan melalui akaun WhatsApp
Next post Tun Mohd Ali ‘turun padang’ lawat petugas barisan hadapan
Ubah saiz-+=