Tun Mohd Ali ‘turun padang’ lawat petugas barisan hadapan

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

KUALA LINGGI 21 Jan. – Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia (Dr) Mohd Ali Mohd Rustam, hari ini, hadir memberikan kejutan kepada petugas barisan hadapan di sekatan jalan raya (SJR) Kuala Linggi.

Terdahulu, Mohd Ali tiba di SJR itu pada jam 2.45 petang dan kehadirannya turut diiringi Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali.

Kedua-dua pemimpin besar negeri itu dilihat sempat beramah mesra dengan anggota yang bertugas mengawal sempadan negeri sebelum menyempurnakan simbolik lawatan dengan menyampaikan sumbangan berupa kit makanan.

Penyampaian sumbangan itu turut disaksikan Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Majid Mohd Ali.

Selesai menyampaikan sumbangan, Mohd Ali meneruskan kunjungan ke Markas Taktikal Pasukan Gerakan Marin Kuala Linggi.

Beliau mendengar taklimat daripada Timbalan Ketua Polis Negeri Datuk Sharul Lalli Masduki mengenai Ops Benteng yang memfokuskan kepada kawalan sempadan negara daripada dibolosi pendatang asing tanpa izin (PATI).

Mohd Ali (dua dari kiri) bersama Sulaiman (kiri) dan Ab Rauf (tiga dari kiri) mendengar penerangan Sharul Lalli mengenai Op Benteng ketika lawatan di Markas Taktikal Pasukan Polis Marin, Kuala Linggi, Masjid Tanah. Foto: MR. Azli

Selepas ini, Mohd Ali turut dijangka melawat satu lagi SJR di Taman Sutera Wangi, Batu Berendam, petang ini.

Views:

600
Kongsi :
Previous post Peguam pun tertipu lebih RM18,000
Next post Empat beradik ‘tergantung’ hidup
Ubah saiz-+=