Pelajar cemerlang STPM, STM terima pengiktirafan Kerajaan Negeri

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

AYER KEROH 13 Oktober – Seramai 32 pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan 140 huffaz cemerlang dalam Sijil Tahfiz Malaysia (STM) diraikan pada Majlis Apresiasi Pelajar Cemerlang STPM dan Huffaz Kerajaan Negeri Melaka 2021 diadakan di Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, kecemerlangan diraih pelajar berkenaan membuktikan Kerajaan Negeri berada pada landasan yang betul dalam perancangan melahirkan generasi berilmu, berkemahiran dan profesional.

Sulaiman berkata, Kerajaan Negeri menerusi Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (Tapem) dan Majlis Agama Islam Melaka (Maim) menyediakan pelbagai inisiatif bagi memastikan kecemerlangan pencapaian akademik dalam kalangan anak jadi negeri ini meningkat dari tahun ke tahun.

“Syabas saya ucapkan kepada pengetua-pengetua sekolah, para guru, ibu bapa serta semua anak-anak cemerlang Melaka. Saya doakan agar kecemerlangan yang dicapai pada hari ini akan menjadi permulaan untuk anak-anak terus mengukir kejayaan di menara gading.

“Kerajaan Negeri menerusi Tapem menyalurkan pelbagai jenis bantuan dan peruntukan untuk membantu anak jati negeri ini dalam bidang pendidikan, sejak tahun 2000 dana ini sentiasa ditambah.

“Komitmen ini membuktikan kesungguhan kita dalam mengangkat martabat pendidikan seiring dengan Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya (PSMJ 2035) di bawah flagship ketujuh iaitu menjadikan Melaka sebagai hab pendidikan dan teknologi terunggul dirantau ini, sekali gus melahirkan rakyat Melaka yang berdaya saing melalui pelaksanaan sistem pendidikan yang menyeluruh serta berkualiti,” katanya ketika berucap merasmikan majlis itu.

Hadir sama, Pengurus Tapem, Datuk Mustafa Musa dan Timbalan Pengerusi Maim, Datuk Wira Md Rawi Mahmud.

Antara anak cemerlang Melaka diraikan pada majlis itu adalah Lim Sze Ling yang memperoleh keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 diiktiraf sebagai antara 10 terbaik di Malaysia.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4918
Kongsi :
Previous post Adun Machap Jaya bantu anak yatim piatu beli motosikal
Next post SMK Pulau Sebang lahir pelajar ‘Top 10’ STPM Malaysia
Ubah saiz-+=