
Pelajar madrasah dikhuatiri lemas di Langkawi
ALOR SETAR, 3 Oktober – Seorang pelajar madrasah dari Banting, Selangor dikhuatiri lemas ketika mandi bersama tujuh rakannya di Hutan Lipur Lubuk Semilang, Langkawi hari ini.
Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penguasa Bomba Zamani Ismail berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 9.55 pagi tadi.
“Menurut saksi, mangsa lelaki berusia 15 tahun itu sedang bermain air di kawasan berkenaan bersama tujuh rakan lelakinya berumur antara 15 dan 16 tahun, sebelum dikatakan tergelincir dan terjatuh ke dalam kawasan sungai di situ.
“Beberapa rakannya cuba menyelamatkan mangsa namun gagal sebelum saksi menghubungi bomba untuk memaklumkan mengenai kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Zamani berkata lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Langkawi telah ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat.
“Anggota bomba telah melakukan pencarian permukaan di sekitar kawasan berkenaan, namun buat masa ini mangsa masih belum ditemukan dan operasi pencarian masih diteruskan,” katanya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
BUKTI ORANG ASAHAN SAYANG TOK RAUF
ASAHAN 23 Ogos - Kehadiran ribuan rakyat memeriahkan siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan menjadi...
AGENDA SEJAHTERAKAN ASAHAN BELUM BERAKHIR
ASAHAN 23 Ogos - Tamatnya siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bukan bermakna komitmen...
TOK RAUF PUJI KOMITMEN YB ALONG SANTUNI 32,000 WARGA ASAHAN
ASAHAN 23 Ogos - Komitmen Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan, Datuk Fairul Nizam Roslan atau lebih mesra dikenali sebagai...
‘KENAPA MELAKA TAK RELAKS?’ INI KATA TOK RAUF
ASAHAN 23 Ogos - "Tok Rauf, apa yang tak relaks sangat Melaka ni... Ketua Menteri sendiri pula turun dari satu...
MELAKA TERUS PERKASA SEKTOR KOMUNITI, KESIHATAN
MACHAP JAYA 23 Ogos - Sektor komuniti dan kesihatan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya antara yang mendapat perhatian...
‘PEMIMPIN TIDAK BOLEH DUDUK ATAS KAYANGAN, KENA JENGUK RUPA PARAS BUMI’ – AB RAUF
ASAHAN 23 Ogos – "Seorang pemimpin, dia tidak boleh duduk atas kayangan. Orang kata dia tak tahu bumi ni bagaimana...


