
Pelajar Madrasah ditemukan lemas di Langkawi
ALOR SETAR, 3 Oktober – Seorang pelajar madrasah dari Banting, Selangor ditemukan lemas di Hutan Lipur Lubuk Semilang di Langkawi hari ini.
Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penguasa Bomba Zamani Ismail berkata mayat pelajar lelaki berusia 15 tahun itu ditemukan pada 11.40 pagi.
Beliau berkata menurut saksi, sebelum kejadian, mangsa dikatakan sedang bermain air bersama tujuh rakan lelakinya berusia antara 15 dan 16 tahun sebelum dia dipercayai tergelincir dan terjatuh ke dalam sungai di kawasan berkenaan.
“Beberapa rakan cuba menyelamatkan mangsa tetapi usaha mereka tidak berjaya sebelum seorang daripada saksi di situ menghubungi pihak bomba.
“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 9.55 pagi dan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Langkawi telah dikerahkan ke lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Zamani berkata mayat pelajar itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
BUKIT PERCHA, PERMATA TERSEMBUNYI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 24 Mei - Bukit Percha dianggap sebagai permata tersembunyi di Felda Hutan Percha di Machap Jaya kini semakin...
MELAKA ‘RUMAH KEDUA’ ADI PUTRA
BANDARAYA MELAKA 24 Mei - Figura popular tanah air Datuk Adi Putra mengakui Melaka cukup dekat di hatinya sehingga menganggap...
‘RYTHM’ DIDIK ANAK MUDA CAKNA PENGURUSAN WARGA EMAS, OKU
BANDA HILIR 24 Mei - Program RYTHM atau Ritma Kehidupan Harmoni mampu menjadi platform penting dalam mendedahkan golongan belia mengenai...
ROAD TO MAHA 2026 ZON SELATAN SASAR 7,000 PENGUNJUNG
JASIN 23 Mei -Penganjuran Road to MAHA 2026 Zon Selatan dijangka mampu menarik antara 5,000 hingga 7,000 pengunjung dari Melaka...
TEKNOLOGI AI DALAM PERTANIAN TARIKAN UTAMA MAHA 2026
JASIN 23 Mei - Teknologi pertanian terkini termasuk menggunakan kecerdasan buatan (AI) antara tarikan utama disajikan buat pengunjung pada Pameran...
MELAKA JADI ‘WAJAH’ FILEM KONSPIRASI
BANDARAYA MELAKA 23 Mei - Keindahan dan keunikan Negeri Melaka mendapat perhatian industri perfileman tanah air apabila dipilih sebagai antara...

