Sorting by

×

Pelajar SMK Nyalas pelajari teknologi kejuruteraan

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

DURIAN TUNGGAL 9 Jun – Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nyalas diberi pendedahan teknologi bidang kejuruteraan dalam Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) menerusi Program Sains, Teknologi, Kejurutereaan dan Matematik (STEM) ‘Bring Forward Technology To School 2022’.

Pengarah Program, Mohammad Rafi Omar berkata program itu juga memberi peluang dan pengalaman kepada pelajar terlibat khususnya yang berada di luar bandar untuk melihat dan merasai sendiri penggunaan teknologi terkini seperti 3D printer.

“Selain kit sistem Internet of Thing (IOT) dan prototaip yang dibawa khas dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang memberi gambaran jelas mengenai bidang kejuruteraan serta laluan kerjaya sebagai jurutera kepada pelajar tersebut.

“Ini inisiatif UTeM untuk terus menjayakan aspirasi nasional dengan memperluaskan konsep dan memupuk minat pelajar sekolah terhadap bidang STEM secara komprehensif dan konsisten,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

SEBAHAGIAN pelajar tingkatan lima SMK Nyalas merasai sendiri penggunaan teknologi terkini dan prototaip yang dibawa khas dari UTeM.

Program itu dilaksanakan menerusi Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal & Pembuatan dengan kerjasama Makers@UTeM yang diadakan di SMK Nyalas.

Hadir sama Penyelaras program STEM dan Hub IoT, Pusat Kolaborasi Industri dan Masyarakat (PKIM) UTeM, Dr Mohd Nazmin Maslan dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum SMK Nyalas, Kushairi Taib @ Kamarudin. ini.

Pada program itu pelajar SMK Nyalas turut diberikan hadiah kerana berjaya menyertai pertandingan Sungai Kim Kim Clean Tech Competition yang dianjurkan PKIM UTeM.

Katanya berharap program itu akan diteruskan pada masa akan datang bagi memastikan mereka lebih holistik dan berfikiran kreatif di samping melahirkan lebih ramai pencipta teknologi berbanding pengguna teknologi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2745
Kongsi :
Previous post Penuntut IPT disyaki buang bayi ditahan
Next post Tangan kanak-kanak disedut pam kolam renang
Ubah saiz-+=