Sorting by

×

Tangan kanak-kanak disedut pam kolam renang

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

KUALA LINGGI 9 Jun- Bukan sahaja berdepan detik cemas malah seorang kanak-kanak perempuan terpaksa menahan sakit apabila tangan kanannya tersangkut pada paip pvc, dalam kejadian di sebuah pusat peranginan, Pengkalan Balak, di sini, petang tadi.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 5 petang ketika kanak-kanak berusia 11 tahun itu sedang mandi manda di kolam renang pusat peranginan dihuninya bersama keluarga.

Difahamkan, kanak-kanak itu datang dari Kuala Lumpur ke Melaka untuk bercuti.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka berkata, kanak-kanak itu dibawa bapanya ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Masjid Tanah bagi mendapatkan bantuan untuk memotong paip pvc yang dianggarkan satu meter panjang.

Beliau berkata, kejadian dikatakan berlaku apabila kanak-kanak itu disyaki memasukkan tangan kanannya ke dalam paip penyambung pam penyedut air kolam dan disebabkan pam itu berfungsi tangannya kemudian tersedut.

“Pemilik resort yang dimaklumkan mengenai kejadian kemudian bertindak memotong sebahagian paip tersebut sebelum ibu bapanya membawa ke balai bomba.

“Anggota bomba kemudian melakukan kerja memotong patang paip itu menggunakan alatan khas sebelum tamat sepenuhnya pada jam 5.49 petang,” katanya.

Menurutnya, akibat kejadian itu terdapat kesan melecet pada tangan mangsa namun dia berada dalam keadaan stabil.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1053
Kongsi :
Previous post Pelajar SMK Nyalas pelajari teknologi kejuruteraan
Next post Sukma 2022 diawalkan dua minggu, mula pada Hari Malaysia
Ubah saiz-+=