Pelan infrastruktur digital akan dibangunkan secara menyeluruh

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

MELAKA 30 Julai – Kerajaan akan membangunkan sebuah pelan infrastruktur digital secara menyeluruh menerusi kerjasama pihak penyedia perkhidmatan komunikasi utama bagi memenuhi keperluan rakyat menikmati tahap kesalinghubungan dan kualiti kepuasan pengalaman perkhidmatan tersebut.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, perancangan terbabit sedang dibincangkan dalam Makmal Infrastruktur Digital Negara (Makmal IDN) dan dimudahcara oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Mutimedia Malaysia (MCMC) bagi memberi penekanan keperluan digital menjelang pasca COVID-19.

Ujarnya, perbincangan cadangan terbabit sejak 13 Julai lalu telah membuahkan hasil sebaik taklimat oleh pihak penyedia perkhidmatan terlibat memaklumkan semalam makmal tersebut telah bersetuju bagi menuju aspirasi kebangsaan mencapai liputan dan perkhidmatan jalur ebar yang perlu dicapai di seluruh negara.

“Tumpan khusus juga diberikan kepada perancangan meluaskan liputan perkhidmatan di kawasan luar bndar dan pedalaman penting bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan jalur lebar secara keseluruhan.

“Perkara ini mampu mempertingkatkan ketersediaan maklumat infrastruktur digital sedia ada serta data lain yang berkaitan menerusi pelbagai sumber sekali gus, membolehkan perancangan yang lebih berkesan,” katanya pada kenyataan dikeluarkan.

Dalam pada itu, ujarnya perancangan dan pembinaan infrastruktur digital dengan lebih teliti dan menyeluruh di negara menjadi perkara mustahak sekali gus, mampu menyokong sektor ekonomi dan bidang pertumbuhan baharu.

“Hasil Makmal IDN ini mampu menyediakan asas kukuh yang diperlukan bagi Revousi Industri 4.0 dan teknologi mudah alih 5G.

“Tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam Makmal IDN dan saya yakin satu pelan infrastruktur digital yang menyeluruh dapat dimuktamadkan bagi membolehkan sektor yang penting menerima manfaat dalam persekitaran ekonomi digital negara dan pengamalan norma baharu,” katanya.

Views:

382
Kongsi :
Previous post Cubaan seludup 1,500 ekor burung murai tumpas
Next post Lapan ‘lubuk’ makan tengah hari ‘termarvellous’ di Melaka
Ubah saiz-+=