
Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035 dilancarkan secara rasmi
AYER KEROH 7 Mac – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali hari ini secara rasminya telah melancarkan Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035.
Pelan berkenaan diperkenalkan selaras dengan usaha memastikan hala tuju ke arah pembangunan komprehensif dan holistik Melaka, sehingga tahun 2035 dapat direalisasikan.
Terdahulu, Sulaiman tiba di perkarangan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) pada jam 8.30 pagi.
Ketibaannya disambut Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Dr Hasim Hasan dan Exco-exco kerajaan negeri.
Turut bersama-sama dalam majlis itu ialah ketua-ketua agensi kerajaan dan penjawat awam yang hadir untuk mendengar amanat serta perutusan Ketua Menteri dalam perhimpunan bulanan kerajaan negeri.
-BERITA PENUH MENYUSUL-
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA SUDAH SEDIA 195 STESEN PENGECAS EV
GADEK 2 November - Sebanyak 195 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) di 95 lokasi telah disediakan di seluruh Melaka setakat...
NILAI BERDASARKAN PRESTASI, TERUSKAN KESINAMBUNGAN KEHARMONIAN DI MELAKA
TABOH NANING 2 November - Rakyat Melaka diberi mandat untuk menentukan calon bagi mewakili mereka selepas Pilihan Raya Negeri (PRN)...
ISU DALAMAN BN TANGGA BATU SELESAI SECARA KEKELUARGAAN – RAIS
SUNGAI UDANG 2 November - Isu dalaman Barisan Nasional (BN) di Parlimen Tangga Batu yang sebelum ini mencetuskan dakwaan penolakan...
PENGUNDI USIA 80 TAHUN BERSEMANGAT SARAPAN BERSAMA TOK RAUF
TABOH NANING 2 November - Peluang untuk bersarapan bersama Ketua Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh menceriakan Fauziah...
MELAKA PERKUKUH KEDUDUKAN SEBAGAI HAB AUTOMOTIF ASIA TENGGARA
GADEK 2 November - Pengeluaran dua model kenderaan hibrid terbaharu Great Wall Motor (GWM) di Pegoh dijangka memperkukuh kedudukan Melaka...
RIASAH 2026: UNIMEL TERAJUI AGENDA PEMBANGUNAN GENERASI BERILMU, BERAKHLAK
ALOR GAJAH 2 November - Universiti Islam Melaka (UNIMEL) terus memperkukuh peranannya sebagai institusi pendidikan tinggi yang komited terhadap pembangunan...
