Pelancongan Melaka perlu ada SOP tambahan – Sulaiman

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

TANJUNG BIDARA 3 Okt – Jawatankuasa Khas Pengurusan COVID-19 negeri disaran untuk merangka prosedur operasi standard (SOP) tambahan selain seperti yang disyaratkan kerajaan pusat.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, ketetapan terbabit adalah penting bagi mengawal penularan COVID-19 dalam sektor pelancongan negeri ini amnya.

Jelasnya, ia seiring bagi memastikan jangkitan harian COVID-19 di Melaka dapat dikurangkan kepada kadar yang lebih stabil.

“Kita minta jawatankuasa ini untuk menetapkan SOP selain yang diberikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar rekod jangkitan harian dapat diturunkan.

“Jika berlaku lagi pengingkatan dari semasa ke semasa kita tidak boleh bukakan negeri ini kepada orang luar untuk datang melancong ke Melaka.

“Premis pelancongan mahupun pengunjung juga diharap dapat memberikan kerjasama bagi mematuhi SOP yang ditetapkan, malah kerajaan negeri juga sedang memantau perkara ini bagi memastikan jangkitan harian di Melaka dapat dikawal setelah sektor pelancongan dibuka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada MHI selepas melakukan lawatan Ziarah Kasih di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi dan Tanjung Bidara, pagi tadi.

Dalam pada itu, beliau turut menyarankan Badan Promosi Pelancongan (BPP) untuk meneruskan kempen ‘Melakan Visit Melaka’ bagi menggamit lebih ramai warga Melaka melancong di negeri sendiri.

“Perkara ini penting untuk merancakkan sektor pelancongan yang menawarkan pelbagai program pelancongan yang telah kita jalankan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

452
Kongsi :
Previous post Tiga pulau akan diangkat sebagai produk pelancongan Melaka
Next post Menara Taming Sari kembali ‘hidup’
Ubah saiz-+=