Pelanjutan masa Zon Bebas Kenderaan terima pelbagai reaksi

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

BANDA HILIR 24 Disember – Pelanjutan tempoh masa Zon Bebas Kenderaan dari satu ke tiga hari memberikan lebih keselesaan kepada pelancong untuk bersantai dalam suasana baharu sekitar destinasi tumpuan di Banda Hilir.

Pengunjung dari Negeri Sembilan, Mohd Fairus Mohd Yusof, 45, berkata pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan pada Jumaat, Sabtu dan Ahad juga dianggap amat kena bagi pelancong luar yang datang ke Melaka untuk bersantai sempena musim cuti persekolahan.

Whatsapp Image 2023 12 24 At 8.02.49 Pm
MOHD FAIRUS.

Mohd Fairus berkata, percutian ke Melaka kali ini agak istimewa kerana mereka turut menganjurkan sambutan hari keluarga yang diadakan di Klebang.

“Lebih istimewa kerana kali ini ipar saya dari Terengganu dan Perak juga hadir bersama, saya bawa mereka untuk nikmati makanan seperti cendol, kuih keria dan asam pedas.

“Namun saya berharap, pihak berkenaan sediakan lebih banyak papan tanda pemakluman terutama mengenai lokasi untuk parkir kenderaan agar melancarkan lagi perjalanan pengunjung,” katanya ketika ditemui, petang tadi.

Sementara itu M Bathmanathan, 62, dari Kuala Selangor berpendapat, pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan mengurangkan risiko kemalangan membabitkan pelancong.

Whatsapp Image 2023 12 24 At 8.02.48 Pm
BATHMANATHAN.

“Dapat bersantai tanpa memikirkan risiko kemalangan, pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan amat bagus, tetapi jika boleh harap dapat sediakan perkhidmatan seperti bas transit untuk memudakan pelancong yang datang,” katanya.

Manakala bagi peniaga kraftangan di Pahlawan Walk, Aidile Rosman, 19, dia menunggu keputusan impak daripada penutupan jalan tersebut malah tidak membantah keputusan itu seandainya memberikan manfaat kepada orang ramai.

Whatsapp Image 2023 12 24 At 8.02.48 Pm (1)
AIDILE.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

5503
Kongsi :
Previous post Lebih 2,000 peminat motosikal berkampung di Gadek
Next post Penutupan jalan bakal beri pulangan baik kepada semua
Ubah saiz-+=