Pelantikan Timbalan Exco pupuk kebersamaan bangunkan Melaka – KM

Masa Membaca:49 Saat

KUALA LINGGI 24 APRIL – Pelantikan jawatan Timbalan Exco mampu memupuk semangat kebersamaan dalam membangunkan Negeri Melaka, kata Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Beliau berkata pelantikan itu terhasil atas kesepakatan Kerajaan Perpaduan yang dibentuk di Melaka di bawah pentabirannya.

“Disebabkan kesepakatan kita dalam Kerajaan Perpaduan, kita mahu memupuk satu semangat kerja bersama dalam membangunkan Negeri Melaka.

“Kesepaduan ini akan menunjukkan keberkesanan ke arah pentadbiran yang saya sedang laksanakan, jadi pembangkang tiada isu untuk mempersendakan pelantikan Timbalan Exco ini.

“Tidak perlu persoalkan kerana ia hanya akan membuatkan kita ketinggalan dalam sudut membina negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi di Japerun Kuala Linggi, di sini hari ini.

Tambah Ab Rauf, pelantikan Timbalan Exco itu juga tidak menjejaskan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri.

“Tafsiran jika kita membazir duit rakyat itu tidak benar, kita tahu bagaimana mahu uruskan kedudukan kewangan kita,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1144
Kongsi :
Previous post TYT, KM beraya dengan orang Kuala Linggi
Next post Tradisi rumah terbuka pupuk perpaduan rakyat
Ubah saiz-+=