Pelapis bola sepak Melaka cemerlang, jadi rebutan

Masa Membaca:1 Minit, 33 Saat

PEMAIN bawah 9 tahun (U9) dari Akademi Kiddokickers Soccermelaka menampilkan aksi cemerlang apabila menjuarai Kejohanan CMC Champions MIND Cup yang diadakan di Seremban, baru-baru ini.

Skuad kendalian jurulatih Norizam Ali Hassan itu berjaya menewaskan enam pasukan lain dalam kejohanan itu, sekali gus muncul juara dan membawa pulang piala, medal serta sijil.

Menurut Norizam, dalam kejohanan itu akademinya menghantar dua pasukan iaitu bawah 8 tahun dan 9 tahun.

Ia bertujuan untuk memberi lebih banyak pendedahan kepada pemain pelapis yang sedang dilatih di akademi berkenaan, selain melihat sendiri kemampuan sebenar pemainnya.

Menurutnya, sehingga kini seramai kira-kira 200 pemain pelapis telah dilatih di akademi berkenaan berusia 4 hingga 15 tahun.

Beliau yang juga bekas pemain dan jurulatih Melaka berkata, terdapat tiga pusat latihan oleh akademi berkenaan di negeri ini iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Pernu, SK Seri Bandar dan SK Taman Tasik.

“Kiddokickers Soccermelaka ini sudah bertapak 15 tahun yang mana saya merupakan pengasas akademi ini untuk membangunkan bola sepak di peringkat akar umbi.

“Misi kita memang mahu melahirkan bintang bola sepak di dalam negeri dan negara ini yang mana kita sediakan platform untuk anak-anak ini dan terpulang kepada ibu bapa untuk menentukan hala tuju mereka,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

NORIZAM (kanan) ketika mempersiapkan pasukan pada Kejohanan CMC Champions MIND Cup di Seremban. Foto: Kiddokickers Soccermelaka

Beliau berkata, setakat ini sudah ada beberapa pemainnya yang sudah diserap ke Akademi Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Akademi Felda.

“Bukan kita sengaja melepaskan pemain untuk kelab-kelab lain, tetapi mereka ini (pemain) menerima tawaran yang lebih baik untuk masa depan mereka,” katanya.

Beliau berkata, selain kejayaan di Seremban baru-baru ini, skuad kendaliannya juga pernah muncul johan pada Kejohanan Bawah 10 Tahun Zurich Grand Final 2019 yang menampilkan pasukan bola sepak dari seluruh negara.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2664
Kongsi :
Previous post MAFI pantau bekalan ayam di peringkat ladang
Next post Saran peniaga ambil terus bekalan ayam dari ladang
Ubah saiz-+=