Pelbagai inisiatif tempoh 135 hari memimpin Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

AYER KEROH 21 Julai – Pelbagai insiatif dilaksanakan dalam tempoh 135 hari memimpin kerajaan negeri di bawah Kerajaan Perikatan Nasional Melaka.

Ketua Menteri, Datuk Haji Sulaiman Md Ali berkata, usaha itu dilakukan bersama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dibantu para pegawai dan penjawat awam negeri.

“Kerajaan negeri terus bertindak melaksanakan pelbagai inisiatif dan pengumuman penting bagi meringankan beban yang ditanggung rakyat.

“Antara isu pertama yang kita selesaikan adalah masalah kekurangan bekalan air akibat program Bekalan Air Berjadual (BAB) yang dilaksanakan bermula dari 29 Januari 2020,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap mengenai Usul Terima Kasih Ucapan TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka ‘Mewajah Melaka Rumahku, Garis Akhir Yang Dituju” pada Persidangan Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-14 di Seri Negeri, hari ini.

Ujarnya, usaha berterusan kerajaan negeri berjaya mengatasi isu air dan menamatkan program BAB pada pada 1 April lalu melibatkan sebanyak 735,221 isi rumah.

“Kerajaan negeri juga telah merencana beberapa tindakan pantas, bersifat perancangan jangka pendek dan panjang bagi kelangsungan bekalan air kepada rakyat di negeri Melaka terjamin.

“Sepanjang tempoh 9 Mac hingga 6 Jun lalu, kita berjaya kurangkan hutang kerajaan negeri kepada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM162.88 juta.

“Mana yang tidak disebut rakyat bolehlah rujuk kepada risalah pencapaian 100 hari Kerajaan Negeri Melaka,” katanya.

Views:

231
Kongsi :
Previous post Sultan Johor dan Perak bakal cemar duli ke bumi Melaka
Next post Membina persamaan untuk hala tuju Melaka
Ubah saiz-+=