Peluang anak muda menyinar dalam e-sukan

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

BANDARAYA MELAKA 11 Januari – Penganjuran pelbagai jenis kejohanan e-sukan di Negeri Melaka bakal membuka peluang kepada lebih ramai anak-anak muda untuk menyinar.

Exco Belia, Sukan dan NGO negeri VP Shanmugam berkata, sukan elektronik yang kini menjadi trend dalam kalangan belia menjadi antara cabang yang perlu diberi perhatian di negara ini.

Kata beliau, atas faktor itu Kerajaan Negeri turut menunjukkan keprihatinan dalam aspek pembangunan e-sukan dengan memperuntukkan sejumlah RM200,000 pada pembentangan Bajet 2024 Negeri Melaka yang lalu.

Whatsapp Image 2024 01 11 At 12.58.46 Pm
SHANMUGAM ketika merasmikan kejohanan berkenaan.

“Ini membuktikan Kerajaan Negeri Melaka amat menitikberatkan hal pembangunan e-sukan yang juga merupakan antara cabang dalam industri digital.

“Tidak dilupakan juga kepada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia yang sentiasa menyokong industri e-sukan dengan penganjuran pelbagai program sepanjang tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kejohanan Liga E-Sport di sebuah kompleks beli-belah di sini, baru-baru ini.

Kejohanan anjuran Kelab Sukan Elektronik Nusa Kesateria dengan kerjasama pusat beli-belah berkenaan dan Kolej Antarabangsa Sains dan Teknologi Melaka (MiCoST) itu disertai seramai 352 peserta.

Ia mempertandingkan dua kategori platform permainan iaitu Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) dan Playerunknown’s Battleground (PUBG) dengan menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM4,000.

Bagi kategori permainan MLBB, gelaran johan menjadi milik pasukan Novoid yang membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM1,000 manakala pasukan Team Coconut di tempat kedua (RM600) dan Nuke Esports di tempat ketiga dengan RM300.

Manakala kategori PUBG pula diungguli pasukan De Champ MYX selaku johan, sekali gus membawa pulang RM1,000, diikuti pasukan Manis FAM di tempat kedua (RM600) dan Redhouse di tempat ketiga (RM300).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1075
Kongsi :
Previous post Bantu penduduk buat pilihan, jadi pengguna bijak
Next post Tak lepas peluang beli ayam, siakap RM1
Ubah saiz-+=