Peluru artileri meletup, anggota cedera insiden tidak boleh lupa

Masa Membaca:1 Minit, 59 Saat

AYER KEROH 7 Mei – Insiden ledakan peluru artileri meletup di tanah keras Pengkalan Kroh sehingga mengakibatkan salah seorang anggota tentera pasukan sahabat cedera menjadi detik tidak dapat dilupakan pesara tentera Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menceritakan detik itu, Mejar (B) Wee Tiong Kee, 75 yang berkhidmat selama 27 tahun dalam ATM sejak tahun 1966 berkata insiden yang berlaku pada era 70-an itu berlaku ketika dia berkhidmat dalam Rejimen Artileri Diraja (RAD).

Katanya, ketika itu pasukannya membantu tentera Thailand untuk menyingkirkan ancaman komunis yang bertapak di sempadan antara Malaysia dan negara jiran itu dalam Op Sawadee.

D927860B-3E32-42CC-85C2-F5FAFF4C0058
Penerima anugerah yang hadir pada Majlis Penganugerah Pingat Jasa Malaysia di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka. Foto: MR. AZLI

“Ketika itu, pasukan saya beri bantuan kepada infantri pasukan negara jiran jadi ada satu insiden di mana mereka memberikan arahan untuk melepaskan tembakan ke arah pengganas komunis.

“Tetapi ada satu kemalangan berlaku di mana peluru artileri itu terkena tanah yang keras, jadi peluru ‘ricochet’ (memantul) sehingga mengakibatkan seorang askar Thailand mengalami kecederaan.

“Mujur pasukan negara jiran tidak menyalahkan pasukan kami kerana mereka memahami dalam peperangan, kemalangan pasti berlaku,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menerima anugerah Pingat Jasa Malaysia (PJM) di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini.

Tiong Kee antara 416 penerima anugerah PJM yang disampaikan Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari.

B41F21AD-72FA-4835-8790-E015C81A3E71
Penerima anugerah, Sahat Mohamat, 75. Foto: MR. AZLI

Dalam pada itu, seorang lagi penerima Sahat Mohamat, 75 berkata, dia pernah bertukar pelbagai unit dalam perkhidmatan antaranya pernah berkhidmat dalam Rejimen Askar Melayu Diraja Malaysia (RAMD) dan kali terakhir berbakti dalam Kor Kesihatan Diraja (KKD).

Dia yang juga bapa kepada wartawan sambilan TV3 Melaka, Yusri berkata dia juga pernah menyertai operasi di sempadan serta bertugas di Sarawak dan dalam tempoh itu beberapa kali bertembung dengan pengganas komunis.

“Apabila bertukar kepada KKD, saya bertugas dalam makmal yang mana perlu membawa sampel air kencing untuk diuji sama ada mengandungi dadah atau sebaliknya.

“Ada satu insiden di mana saya sendiri disaman di mahkamah berikutan seorang anggota tentera positif dadah namun mempertikaikan cara saya melaksanakan tugas dan dan membawa kes itu dibawa ke mahkamah tentera.

“Di akhir keputusan, saya gagal dalam kes itu namun saya jadikan perkara itu pengajaran untuk berhati-hati dalam melakukan tugas,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1878
Kongsi :
Previous post Meriah aktiviti ‘mengoca’ di Aidilfitri
Next post Rasuah RM5 juta: Bekas CEO institusi auromotif didakwa lagi
Ubah saiz-+=