PEMANDU CEDERA, LORI TANGKI DAN KERETA TERBAKAR
AYER KEROH 8 Januari – Sebuah lori tangki minyak sawit dan sebuah kereta terbakar selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 199.7 Lebuhraya Plus Arah Utara Ayer Keroh, di sini hari ini.
Kemalangan itu turut membabitkan sebuah lagi lori 20 tan yang membawa muatan besi.
Komander Operasi Penguasa Bomba Kanan II Mohd Sany Sahari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 2.48 petang sebelum menggerakkan 15 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh dan Bukit Katil ke lokasi kejadian.
Katanya, sebaik tiba pihaknya mendapati kebakaran melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah lori tangki dan sebuah kereta.
“Kebakaran dipercayai berlaku akibat daripada kemalangan sebuah lori tangki dengan sebuah lori 20 tan.
“Dalam kemalangan itu, pemandu lori tangki cedera manakala dua lagi pemandu kereta dan pemandu lori 20 tan selamat.
“Anggota bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan satu aliran hos tangki jentera dan tangki air,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata pemandu lori tangki yang cedera dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk menerima rawatan.
“Operasi pemadaman berjaya dikawal kira-kira jam 3.26 petang,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
SK BEMBAN ‘A’, SK MALIM JUARA LIGA HOKI MELAKA
DUYONG 13 Januari - Liga Hoki Melaka 2024/2025 Kategori Bawah 12 Tahun melabuhkan tirai dengan Sekolah Kebangsaan (SK) Bemban 'A'...
ANUGERAH CEO OF THE YEAR GALAK PERSAINGAN SIHAT
AYER KEROH 13 Januari - Inisiatif meneruskan Anugerah 'The Best CEO of The Year Awards' menggalakkan persaingan sihat dalam kalangan...
MAHASISWA UTEM SANTUNI ASNAF, GELANDANGAN KOTA RAYA
DURIAN TUNGGAL 13 Januari - Kelab TUAH Volunteer Team (TVT) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menyantuni golongan asnaf dan gelandangan...
I.N.T.E.G.R.I.T.I PEGANGAN PENJAWAT AWAM BERKUALITI
AYER KEROH 13 Januari - Sembilan pemboleh daya berdasarkan akronim INTEGRITI perlu dijadikan panduan untuk menjadi penjawat awam berkualiti, kata...
MELAKA TERUSKAN ANUGERAH ‘THE BEST CEO OF THE YEAR’
AYER KEROH 13 Januari - Bagi memantau dan memastikan prestasi anak-anak syarikat Kerajaan Negeri berkualiti, Anugerah 'The Best CEO of...
MELAKA HAB EKONOMI DINAMIK 2025
AYER KEROH 13 Januari - Melaka mengekalkan sasaran unjuran nilai pelaburan RM5 bilion pada tahun ini, kata Ketua Menteri Datuk...