
Pemandu Lamborghini maut, kereta terbabas dan terbakar
KUANTAN 30 Jun – Pemandu kereta jenama Lamborghini maut, manakala seorang penumpang cedera selepas kereta dinaiki terbabas dan terbakar di KM 57.1 Jalan Bentong-Karak arah Timur hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.06 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong bergegas ke lokasi kejadian.
Beliau berkata sejurus tiba di lokasi kejadian, operasi pemadaman api dilakukan sebelum mengeluarkan pemandu lelaki yang tersepit di dalam kenderaan tersebut.
Menurut beliau, pemandu itu telah disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
“Penumpang wanita kereta itu pula telah dikeluarkan dan dihantar ke hospital oleh orang awam,” kata beliau ketika dihubungi. BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PESISIR PANTAI MENGHADAP SELAT MELAKA JADI CADANGAN LOKASI KEMUNCAK WTD 2025
DUYONG 13 Julai - Kawasan pesisir pantai menghadap Selat Melaka di sekitar Klebang dicadang sebagai lokasi acara kemuncak Hari Pelancongan...
GENDANG SUDAH DIPALU, WRUR DUYONG DIBUKA TIRAI SECARA RASMI
DUYONG 13 Julai - Paluan gendang sebanyak enam kali menjadi simbolik kepada pembukaan program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
ECO CRUISE TASIK CHINCHIN TAWAR PELAYARAN MENDAMAIKAN
RIM 13 Julai - Melaka kini memiliki satu lagi produk pelancongan air menarik iaitu Eco Cruise Tasik Chinchin yang bakal...
MAIM PERMUDAH HIDUP BAHARU PASANGAN MUALAF
KESIDANG 13 Julai - Hanya ucapan terima kasih dapat diungkapkan pasangan pengantin mualaf kepada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) kerana...
‘JAGA SUNGAI BUKAN MUDAH, TAPI BERBALOI’
BANDARAYA MELAKA 13 Julai - Tugasan bermula awal pagi, berpanas dan menghidu bau kurang menyenangkan, tidak mematahkan semangat dua anak...
WRUR DUYONG LEBIH INKLUSIF, FOKUS KOMUNITI SETEMPAT
BANDARAYA MELAKA 12 Julai – Sebanyak 12 program telah dirancang di bawah portfolio Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri...