
Pemandu lori, kelindan ditahan dipercayai seludup mercun, bunga api
JERTIH 7 Mei. – Seorang pemandu lori dan kelindannya ditahan semalam selepas dipercayai menyeludup masuk pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai kira-kira RM80,000 dari negara jiran untuk dijual bersempena sambutan Aidilfitri.
Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, pemandu berumur 40 tahun dan kelindannya yang merupakan pelajar tingkatan lima itu ditahan bersama lori berkenaan di tepi Jalan Kampung Jebak Puyuh di sini pada 3.45 petang hasil maklumat awam.
“Kedua-dua mereka masuk melalui Kelantan dan dipercayai mengambil upah membawa bahan larangan itu ke sini (Jertih).
“Kesemua 20 jenis mercun dan bunga api itu ditemukan di bahagian belakang lori yang ditutup dengan kanvas,” katanya kepada pemberita pada sidang media di sini hari ini.
Abdul Rozak berkata siasatan mendapati kedua-dua lelaki berkenaan tidak mempunyai rekod jenayah dan penyalahgunaan dadah.
Mereka kini direman selama tiga hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957, katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TAHUN BAHARU CINA LEBIH MERIAH BUAT 140 PENERIMA DI TANGGA BATU
PAYA RUMPUT 11 Februari - Senyuman kegembiraan jelas terukir pada wajah 140 penerima sumbangan dalam kalangan masyarakat Tionghua yang bakal...
400,000 KENDERAAN DIJANGKA MASUK MELAKA SEMPENA TAHUN BAHARU CINA
AYER KEROH 10 Februari - Kerajaan Negeri Melaka mengarahkan kerja-kerja pengorekan dan penyelenggaraan jalan dihenti sementara sempena sambutan Tahun Baharu...
SEORANG MAUT, EMPAT CEDERA DALAM NAHAS DI LAMPU ISYARAT PADANG JAMBU
BUKIT KATIL 10 Februari – Seorang penunggang motosikal maut manakala empat lagi cedera selepas dirempuh sebuah kereta yang dipercayai memasuki...
16 BARANGAN KAWALAN SEMPENA TAHUN BAHARU CINA 2026
KESIDANG 10 Februari – Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baharu Cina 2026 akan berkuat kuasa bermula 13 hingga...
TAMAN PERMAINAN TAMAN 1 KRUBONG KINI LEBIH MESRA OKU
PAYA RUMPUT 10 Februari – Taman Permainan Kanak-Kanak Taman 1 Krubong kini dilengkapi kemudahan mesra orang kurang upaya (OKU) susulan...
‘SUMBANGAN INI AMAT BERMAKNA UNTUK SAYA’
REMBIA 10 Februari - Sumbangan sempena Tahun Baharu Cina sebagai tanda ingatan daripada Kerajaan Negeri dianggap amat bermakna buat Fong...
