Rizab antarabangsa BNM berjumlah US$110.8 bilion pada 30 April

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

KUALA LUMPUR 7 Mei. – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$110.8 bilion pada 30 April, 2021 (US$1 = RM4.11).

Dalam satu kenyataan, bank pusat itu berkata paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.7 bulan import tertangguh dan 1.3 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Bank pusat berkata komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (US$102.9 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) (US$1.5 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$1.2 bilion), emas (US$2.1 bilion) dan aset rizab lain (AS$3.1 bilion).

Aset-aset terdiri daripada emas dan pertukaran asing dan rizab lain, termasuk SDR berjumlah RM459.67 bilion, kertas kerajaan Malaysia (RM11.43 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM3.42 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM19.57 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion), dan aset-aset lain (RM15.99 bilion).

Bank pusat berkata modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM175.13 bilion), mata wang dalam edaran (RM142.49 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM150.52 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM7.69 billion), deposit lain (RM15.20 bilion), kertas Bank Negara (RM9.49 bilion), peruntukan SDR (RM7.91 bilion) dan liabiliti lain (RM5.73 bilion).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

290
Kongsi :
Previous post Pemandu lori, kelindan ditahan dipercayai seludup mercun, bunga api
Next post Solat Aidilfitri dibenarkan kecuali di kawasan PKPD – Mufti
Ubah saiz-+=