Pemandu terselamat, lori terbakar ketika singgah di R&R

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

AYER KEROH 18 Jun – Pemandu sebuah lori kontena terselamat apabila kenderaan berat membawa minyak masak terpakai terbakar tiba-tiba ketika berhenti di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh (arah utara) kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Hamza Husin, 57, dikatakan berhenti untuk membeli makanan sebelum meneruskan perjalanan ke Pelabuhan Klang, Selangor.

Rakannya, Muhammad Syawal Mohd Hamdan, 29, berkata mereka, memandu lori berasingan dan dalam perjalanan dari Yong Peng, Johor.

 

ANGGOTA bomba memadam kebakaran lori kontena. Foto- ihsan JBPM.

“Dia (Hamza) baru hendak buka pintu, tengok-tengok sudah berasap sebelum keluar api, jadi saya pun bantu ambil pemadam api, namun tidak mampu padamkan api dan terus menghubungi bomba,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini (MHI) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh, Mohamad Hamdan Sudin berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 2.40 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Anggota bomba mengambil masa kira-kira 13 minit untuk tiba di lokasi kejadian sejauh 15 kilometer sebaik menerima laporan berkenaan.

“Setiba di lokasi, lori kontena berkenaan terbakar hampir 70 peratus di bahagian hadapan dan tengah,” katanya.

Beliau berkata, operasi pemadaman dan pembersihan sisa kebakaran dan minyak tamat sepenuhnya jam 6.29 petang.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1848
Kongsi :
Previous post UiTM lapor polis dakwaan gangguan seksual oleh tenaga pengajar
Next post Satu inisiatif bersifat inklusif- FMM
Ubah saiz-+=