
Pembersihan Sungai Rim elak banjir kilat
RIM 12 Julai – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar mengarahkan kerja-kerja pembersihan di Sungai Rim dilaksanakan secepat mungkin bagi memastikan perkara tidak diingini khususnya banjir kilat berlaku ketika musim hujan.
Beliau meminta pihak terlibat segera melakukan kerja pembersihan berkenaan demi keselesaan dan keselamatan penduduk yang melalui kawasan itu.
“Kerja-kerja pembersihan di Sungai Rim sedang giat dijalankan pada ketika ini. Saya minta proses ini dijalankan dengan cepat disebabkan tidak mahu apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku terutama ketika musim hujan.
“Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutamanya Jabatan Parit dan Saliran (JPS) negeri Melaka dan Jasin dalam kerja pembersihan ini,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook rasminya Rabu lalu.
Khaidhiran turut meminta bantuan wakil JPKK dan Penghulu DUN Rim untuk turun ke Simpang Bekoh bagi meninjau keadaan rumah Puan Rahayu yang atapnya terbang ditiup angin kencang.
“Alhamdulillah, saya dikelilingi dan dibantu oleh orang yang hebat hebat di DUN Rim, insha-Allah, saya sudah minta beberapa penambahbaikan untuk dilakukan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
IKHTIAR TOK HAMEED AKHIRI EPISOD BANJIR DI AYER LIMAU
AYER LIMAU 4 Oktober - Sebanyak 11 lintasan pembetung (crossing culvert) di jajaran terusan sungai atau tali air di Kampung...
DARI KANDANG HINGGA LANDSKAP, ZOO MELAKA AKAN DICERIAKAN
AYER KEROH 4 Oktober - Zoo Melaka bakal menerima sentuhan warga Kerajaan Negeri menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ketua...
LEBIH 1,000 ANAK MELAKA DAPAT MANFAAT KURSUS KAHWIN PERCUMA
AYER KEROH 4 Oktober - Seramai 1,002 bakal pengantin di Melaka mendapat manfaat Kursus Kahwin Percuma anjuran Majlis Agama Islam...
RM300,000 NAIK TARAF PADANG TAMAN DATUK SETIA
AYER LIMAU 4 Oktober - Penduduk Taman Datuk Setia kini boleh menikmati kemudahan riadah yang lebih selesa apabila padang awam...
TOK RAUF SUBURKAN PROGRAM AGAMA DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 4 Oktober - Sokongan berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh terhadap pelbagai program keagamaan di...
MESRA KERAJAAN TEMPATAN: 3,882 PETAK PARKIR PERCUMA DI JASIN
AYER KEROH 4 Oktober - Pendekatan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Kerajaan Tempatan bukan sahaja merangkumi usaha berterusan meningkatkan kemudahan untuk...

