Pemimpin berintegriti, rakyat bersatu padu tunjang kemakmuran negeri

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

AYER KEROH 24 Ogos – Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam menyeru semua pihak berganding bahu memupuk semangat perpaduan untuk kemakmuran negeri.

Dalam perutusan khas sempena sambutan ulang tahunnya ke-72 hari ini, beliau berkata semua pihak perlu berganding tenaga untuk memupuk semangat itu supaya negara dan Melaka dapat dibina berteraskan perpaduan.

“Saya menyeru semua masyarakat di negeri ini terus bersatu padu, saling hormat-menghormati, tolong-menolong dan bekerjasama.

“Kepada semua pemimpin, sekarang adalah masa menggalas amanah untuk membangunkan sosio-ekonomi masyarakat, jangan harus ada yang tertinggal dan ditinggalkan.

“Berpolitiklah secara sihat dengan penuh tanggungjawab dan berintegriti tinggi, berprinsip dan bermaruah,” katanya.

Mohd Ali berkata, kestabilan kerajaan antara pemimpin dan rakyat adalah tunjang kepada kemakmuran negeri, terutama apabila negeri dan negara sedang diuji dengan pandemik COVID-19.

“Ingatlah, kita bukan sahaja mewarisi keamanan hari ini dari generasi terdahulu, bahkan kita sebenarnya sedang meminjammnya dari generasi akan datang,” katanya.

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada barisan kepimpinan dan anggota pentadbiran negeri kerana berusaha keras memastikan negeri ini terus melakar kecemerlangan.

Katanya, beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh rakyat termasuk penjawat awam dam pasukan keselamatan dan kakitangan swasta yang memberikan perkhimadmatan serta jasa bakti kepada pembangunan Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

711
Kongsi :
Previous post Kaji semula indikator status Melaka negeri maju – Tun Mohd Ali
Next post Dua beradik temui ajal bersama
Ubah saiz-+=