Kaji semula indikator status Melaka negeri maju – Tun Mohd Ali

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

AYER KEROH 24 Ogos – Kerajaan negeri perlu menilai semula pencapaian status Melaka sebagai negeri Maju selepas mendapat pengiktirafan itu lebih 10 tahun lalu.

Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam dalam perutusan khas sempena sambutan ulang tahunnya ke-72 berkata, Melaka telah mencapai status negeri maju pada tahun 2010.

Katanya, status itu dicapai menerusi kerangka 32 indikator Organisation For Economic Cooperation and Development (OECD) yang meliputi lima sektor utama iaitu ekonomi, sosial, alam sekitar, infrastuktur dan pentadbiran.

“Skor minima negeri Melaka adalah sebanyak 90.6 peratus dan berjaya mengatasi negara (maju) lain sebanyak 29 daripada 32 indikator.

“Bagi melengkapkan 32 indikator itu, kerajaan negeri dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah mengendalikan kajian terhadap persepsi penduduk terhadap kemajuan Melaka dan hasilnya, 81.5 peratus penduduk berpendapat negeri ini telah maju.

“Sehubungan itu, kerajaan negeri perlu menilai semula pencapaian tersebut selepas 10 tahun dan ianya perlu dilihat secara komprehensif di mana kedudukan negeri pada masa kini,” katanya.

Beliau berkata, dalam status terkini pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) sedang bekerjasama dengan UiTM bagi membuat penilaian semula indiator berkaitan supaya ia selaras dengan Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035.

“Penilaian itu turut berpandukan kepada 17 matlamat pembangunan lestari yang diterima pakai oleh semua anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB),” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

890
Kongsi :
Previous post Semua agensi perlu main peranan promosi Melaka, tarik pelaburan – Tun Mohd Ali
Next post Pemimpin berintegriti, rakyat bersatu padu tunjang kemakmuran negeri
Ubah saiz-+=