Semua agensi perlu main peranan promosi Melaka, tarik pelaburan – Tun Mohd Ali

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

AYER KEROH 24 Ogos – Melaka merekodkan gambaran nilai pelaburan yang positif kepada pertumbuhan ekonomi negeri tahun ini berbanding tahun lalu.

Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam dalam perutusan khas sempena sambutan ulang tahunnya ke-72 berharap keadaan itu akan terus ditingkatkan pada masa akan datang meskipun negara masih berdepan krisis ekonomi akibat pandemik COVID-19.

Jelasnya, berdasarkan laporan daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), jumlah pelaburan di negeri ini direkodkan sebanyak RM3.45 bilion.

“Yang mana RM3.26 bilion adalah pelaburan asing manakala baki RM161 juta merupakan pelaburan domestik,” katanya dalam perutusan khas itu yang disampaikan secara maya menerusi laman Facebook rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri, hari ini .

Berikutan itu, Mohd Ali mecadangkan supaya usaha untuk mempromosi Melaka sebagai salah sebuah destinasi pelaburan kondusif negara.

“Agensi seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM), Invest Melaka, Melaka Waterfront Economi Zone (M-WEZ) serta anak syarikat kerajaaan negeri hendaklah melaksanakan peranan masing-masing bagi tujuan tersebut,” katanya.

Dalam masa sama, beliau turut menggesa semua agensi bertindak proaktif memastikan peruntukan disediakan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dapat dibelanjakan bagi merancakkan pembangunan negeri.

“Gunakan tempoh masa untuk kita keluar daripada masalah COVID-19 itu untuk memperbaiki infrastruktur yang rosak khususnya melibatkan produk pelancongan di seluruh negeri, begitu juga dengan masalah banjir dan bekalan air mentah.

“Saya percaya dalam waktu ini adalah peluang kepada negeri untuk bangkit semula dalam meraih keyakinan pelabur untuk melabur di negeri ini sama ada dari luar negara mahupun dalam negara, sekali gus mencipta lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti dan mencipta kekayaan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

486
Kongsi :
Previous post Ketua Polis Negara antara 695 penerima pingat darjah kebesaran Melaka
Next post Kaji semula indikator status Melaka negeri maju – Tun Mohd Ali
Ubah saiz-+=