Pencalonan Anugerah Seri Melaka dibuka sehingga 31 Mac 2024

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

AYER KEROH 12 Januari – Anugerah Seri Melaka yang julung kali diperkenalkan Kerajaan Negeri bakal mengiktiraf tokoh-tokoh anak Melaka yang telah memberi sumbangan besar di peringkat nasional mahupun antarabangsa.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, anugerah tersebut akan diberikan kepada anak kelahiran Melaka dan mendapat pendidikan awal di negeri ini.

Menurut beliau, pencalonan bagi anugerah itu telah dibuka bermula 2 Januari lalu sehingga 31 Mac depan.

“Pencalonan Anugerah Seri Melaka telah dibuka secara dalam talian dan boleh diakses melalui laman sesawang rasmi, di https://www.asm-melaka.my/.

“Calon-calon anugerah ini merupakan ikon dalam pelbagai bidang seperti Perkhidmatan Awam, Korporat, Seni, Budaya dan Sukan.

“Menjadi hasrat Kerajaan Negeri agar tokoh-tokoh ini nanti boleh bersama-sama menyumbang idea untuk pembangunan Negeri Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 YAB Ketua Menteri Melaka yang bertemakan ‘Bijak Memimpin, Berani Bertindak’ di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Menteri Melaka Ke-12, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari serta Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran,Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin dan barisan Exco Kerajaan Negeri.

Turut hadir, Timbalan Speaker DUN, Kerk Chee Yee; barisan Timbalan Exco; ketua jabatan dan agensi Kerajaan Negeri serta persekutuan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

810
Kongsi :
Previous post Ambil semangat slogan ‘Bijak Laksana Tuah’, ‘Berani Laksana Jebat’
Next post Kampung Digital hak eksklusif Kerajaan Melaka
Ubah saiz-+=