Kampung Digital hak eksklusif Kerajaan Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

AYER KEROH 12 Januari – Inisiatif Kampung Digital hasil cetusan idea Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh kini telah selesai didaftar dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Kampung Digital merupakan gagasan dalam menambah baik sistem pengurusan penduduk dan pentadbiran kampung yang sekian lama terikat dengan kaedah konvensional.

Menerusi inisiatif itu, alamat di kampung-kampung terpilih akan ditransformasi kepada kaedah digital, selain dibekalkan kod QR untuk memudahkan akses penghantaran, surat-menyurat dan lain-lain lagi.

Ketua Menteri berkata, pendaftaran hak cipta dengan MyIPO itu sekali gus telah menjadikan inisiatif Kampung Digital sebagai harta intelek milik Kerajaan Negeri Melaka.

“Melalui pendaftaran ini, ia membolehkan cap dagangan Kampung Digital (TM ) digunakan dan menjadi hak eksklusif kepada Kerajaan Negeri.

“Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua pihak dan jabatan yang terlibat di atas kejayaan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 YAB Ketua Menteri Melaka yang bertemakan ‘Bijak Memimpin, Berani Bertindak’ di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Menteri Melaka Ke-12, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari serta Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran,Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin dan barisan Exco Kerajaan Negeri.

Turut hadir, Timbalan Speaker DUN, Kerk Chee Yee; barisan Timbalan Exco; ketua jabatan dan agensi Kerajaan Negeri serta persekutuan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1210
Kongsi :
Previous post Pencalonan Anugerah Seri Melaka dibuka sehingga 31 Mac 2024
Next post Komitmen penjawat awam demi kemajuan Melaka
Ubah saiz-+=