Pencemaran habuk arang batu: JAS atur pertemuan ke kawasan terjejas

Masa Membaca:58 Saat

AYER KEROH 8 Okt. – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Melaka akan melawat ke kawasan terjejas dengan pencemaran habuk arang batu di Kampung Balik Bukit, Pantai Kundor pada pertengahan bulan ini.

Pengarah JAS Melaka Rosli Osman berkata, lawatan itu dijangka dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor Datuk Nor Azman Hassan yang turut membabitkan pelbagai agensi berkaitan bagi menyiasat dan mencari jalan penyelesaian terbaik membantu penduduk.

“Kita akan adakan lawatan tersebut bersama Datuk Nor Azman dan difahamkan banyak agensi lagi yang akan terlibat nanti.

“Masalah yang berlaku di situ membabitkan operasi di pelabuhan. Jadi kita akan menunggu keputusan selanjutnya daripada lawatan berkenaan dan mesyuarat yang akan diadakan nanti sama ada operasi itu akan dihentikan atau ditukar ke tempat lain,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, Melaka Hari Ini (MHI) melaporkan kira-kira 120 penduduk di Kampung Balik Bukit terpaksa hidup dalam keadaan menderita selepas terpaksa menhidu udara yang
dicemari habuk arang batu.

Habuk berkenaan bukan sahaja mengotorkan persekitaran rumah, bahkan didakwa turut menjejaskan kesihatan penduduk sekitar.

Keadaan menjadi lebih buruk apabila bongkah arang batu yang dibawa lori dari dalam pelabuhan kerap terjatuh ke atas jalan raya sehingga menguggat keselamatan pengguna jalan raya di kawasan itu.

Views:

1367
Kongsi :
Previous post SOP masjid, surau Melaka dikekalkan
Next post Agong zahir rasa sedih atas pemergian Allahyarham Paimuzi
Ubah saiz-+=