Pencemaran Sungai Punggur Paya Redan: Kilang proses ayam tidak terlibat – JAS Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

YER KEROH 25 Nov. – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Melaka mendapati pencemaran Sungai Punggur Paya Redan tidak membabitkan kilang memproses ayam yang terletak berhampiran sungai tersebut.

Pengarah JAS Melaka Rosli Osman berkata, pihaknya telah mengambil sampel air dan keputusan menunjukkan kilang tersebut mematuhi syarat yang ditetapkan JAS.

“Setakat ini kilang tersebut mematuhi peraturan JAS, kita telah syaratkan pengusaha (kilang ayam) ini untuk buat kolam endapan dan ‘treatment plan’.

PENGERUSI Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Paya Redan Mohd Ali Janah Lahuri menunjukkan lokasi saliran air yang membawa sisa kumbahan hingga menyebabkan pencemaran Sungai Punggur Paya Redan.

“Kita dapati pencemaran air bukan dari kilang ini, namun dipercayai terdapat (berpunca dari) pengusaha ternakan lembu di kawasan berhampiran,” katanya ketika dihubungi MHI, semalam.

Jelasnya, semasa lawatan tiada sebarang hidupan yang mati cuma sisa kumbahan yang dilepaskan ke sungai itu mengeluarkan bau tidak menyenangkan.

“Setakat ini tiada hidupan yang mati cuma bila penduduk kampung lalu sini mereka akan menghidu bau busuk.

“Jarak rumah penduduk antara kawasan sungai adalah kira-kira satu kilometer, oleh itu bila air sungai mengalir di kawasan kampung ia menyebabkan bau busuk,” katanya.

Katanya, bagaimanapun JAS melaka akan terus memantau termasuk membuat pengawasan mengambil sampel air setiap tiga bulan sekali.

“Kalau ada aduan kita akan siasat dan pengawasan kualiti sungai kita buat dua bulan sekali,” katanya.

Views:

1696
Kongsi :
Previous post Pemandu tersepit kereta kemalangan
Next post Tipu rentas negeri untuk edar dadah
Ubah saiz-+=