
Penganggur sebabkan kemalangan lima kenderaan didakwa miliki ganja
KUALA PILAH, 9 Jun – Seorang penganggur yang ditahan selepas disyaki menyebabkan kemalangan lima kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di daerah Rembau, Ahad lepas, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan memiliki ganja.
Mengikut kertas pertuduhan, Munzir Azmeer Abd Rahim, 28, didakwa memiliki tumbuhan kering disyaki dadah kanabis dianggar seberat 3.39 gram di dalam kereta jenis Perodua Myvi di Kilometer 242.9 di lebuh raya PLUS arah selatan, dalam daerah Rembau, kira-kira 10.25 pagi pada 5 Jun lepas.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Tiada pengakuan direkodkan dan tertuduh mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah, Che Ku Nor Azlinda Che Ku Mahmood.
Tiada jaminan ditawarkan Timbalan Pendakwa Raya Yap Tsu Sheng dan sebutan semula kes ditetapkan pada 14 Jun ini.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: PERSAINGAN SIHAT, POLITIK MATANG JADI LANDASAN – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 4 November – Kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 yang memasuki hari kelima berlangsung dalam suasana politik...
PRN MELAKA: ‘BIRUKAN PANTAI KUNDOR’, PAS ZAHIR SOKONGAN BUAT TUMINAH
PANTAI KUNDOR 4 November - Kesepakatan antara jentera Barisan Nasional (BN) dan PAS di peringkat akar umbi terus diperkukuh menerusi...
PRN MELAKA: GAGASAN MELAKA SAYANG RAKYAT BUKAN RETORIK DI PANTAI KUNDOR
PANTAI KUNDOR 4 November - Gagasan 'Melaka Sayang Rakyat' (MeSRa) bukan sekadar slogan, sebaliknya diterjemahkan menerusi penyaluran pelbagai bantuan kebajikan...
PRN MELAKA: CUACA PANAS TIDAK HALANG YB ALONG SANTUNI PENGUNDI ASAHAN
ASAHAN 4 November - Bahang akibat cuaca panas terutama pada waktu pagi dan tengah hari antara cabaran yang perlu dihadapi...
UNIMEL LAKSANA TIGA INISIATIF STRATEGIK TINGKAT KUALITI PENDIDIKAN ANAK MELAKA
KUALA LINGGI 4 November - Universiti Islam Melaka (UNIMEL) menggunakan kepakaran yang dimiliki bagi melaksanakan Program Persekitaran Sekolah Selamat Melaka...
MANGSA POKOK TUMBANG DAPAT PERHATIAN ACIK ZUL
TABOH NANING 4 Oktober - Kejadian pokok tumbang menyebabkan kerosakan pada bahagian hadapan sebuah kediaman di Kampung Taboh Naning, di...
