Penganjur Pasar Borong Batu Berendam, pengunjung patuh SOP

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

BATU BERENDAM 6 Feb. – Pihak penganjur Pasar Borong Batu Berendam didapati menunjukkan kadar pematuhan 100 peratus prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dalam membendung penularan COVID-19.

Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Melaka, Mohd Nasrul Menhat berkata, kesimpulan itu dibuat hasil operasi pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dijalankan pihaknya selama dua jam bermula 7 pagi tadi.

Katanya, menerusi operasi sama pihaknya mendapati kadar pematuhan SOP kalangan pelanggan juga sangat baik.

ORANG ramai mematuhi SOP yang ditetapkan pihak penganjur Pasar Borong Batu Berendam.

“Sepanjang pemantauan ini pihak penganjur pasar borong dan orang ramai mematuhi SOP 100 peratus.

“Misalnya, pihak penganjur hanya membenarkan seramai 250 pelanggan pada satu-satu masa berada dalam kawasan pasar borong sekali gus dapat mengelak kesesakan dan menjaga penjarakan fizikal,” katanya ketika dihubungi MHI.

Operasi itu diketuai oleh Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, DSP V. Gunasegaran.

Menurut Mohd Nasrul, pihak penganjur juga menyediakan laluan Khas untuk pekerja dan pelanggan yang dikawal ketat pekerja pasar borong.

“Pada masa sama, orang ramai menyambut baik kehadiran pihak polis dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) semasa pantauan dalam pasar borong ini,” katanya.

Operasi itu disertai 29 kakitangan iaitu tiga pegawai dan 13 anggota IPD Melaka Tengah; seorang pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Melaka dan lain-lain.

Manakala, MPHTJ diketuai oleh Penolong Pengarah Penguat kuasa, Kamarulzaman Abd Rahman bersama sembilan anggota.

Views:

1447
Kongsi :
Previous post COVID-19: kilang ayam di Serkam tidak patuh SOP, 604 pekerja positif
Next post KKM perlu 12 juta picagari LDV bagi fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
Ubah saiz-+=