Penganjuran Karnival Sains Melaka tahun hadapan – Exco

Masa Membaca:58 Saat

DURIAN TUNGGAL 8 Ogos – Penganjuran Karnival Sains Melaka dijadualkan tahun hadapan adalah selaras dengan hasrat kerajaan negeri dalam membangkitkan minat dalam bidang itu.

Exco Pendidikan dan Teknologi negeri, Datuk Rais Yasin berkata, penganjuran karnival itu adalah hasil daripada lawatannya bersama delegasi kerajaan negeri ke Sabah, baru-baru ini.

Beliau berkata, karnival itu akan dianjurkan menerusi kerjasama dengan kerajaan negeri Sabah.

“Sekarang ini di Sabah sedang berlangsung Karnival Sains dan kita akan cuba anjurkan di Melaka pula pada tahun hadapan.

“Saya perlu berbincang dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) daripada segi kos, kerana kita di Melaka sudah melancarkan SMART Melaka Blueprint 2035,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Simposium ‘Belt and Road Inntiative’ di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), di sini, hari ini.

Hadir sama, Naib Canselor UTeM Prof Ts Dr Massila Kamalrudin, Menteri Kedutaan Republik China ke Malaysia Tang Rui.

Menurutnya, selain itu kerajaan negeri juga akan menjalinkan beberapa kerjasama lain dengan Sabah termasuk hal berkaitan pendidikan.

“Saya melihat Sabah ini sebuah negeri yang terkehadapan dalam bidang pendidikan dan kita akan adakan berkolabrasi.

“Antaranya ia akan tertumpu kepada Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET),” katanya.

Views:

1554
Kongsi :
Previous post JAKIM kenal pasti lokasi operasi Hadi Minallah
Next post Melaka diiktiraf antara negeri paling bahagia di Malaysia
Ubah saiz-+=